Monday, July 16, 2012

Aku & "What Would They Feel?"

Assalamualaikum..
.......

Semalam, aku hantar adik aku ke rumah sewa kat Shah Alam. Hari ni, dia dah start kelas yang aku syak, konpem takde. Sampai rumah, suddenly aku rasa lain. Sunyi semacam walaupun mak ngan pak aku ada je duk tengok tv. Rasa cam lost pun ada. Punca?

Adik2 aku takde. Sorang study kat politeknik, sorang lagi kat MRSM. Aiseh..aku tak suka ambience macam nih. What if, my parents pun takdak? For sure I'm gonna be totally lost! Lepas tu, aku berfikir,

"Ni yang aku rasa sebagai abang. Apa pulak perasaan mak ngan pak aku sebagai sebagai ibu dan ayah bila aku pun sekali takdak kat rumah?"

Sebagai ayah, pak mungkin tak terasa sangat bila kami adik-beradik takdak pasal dia selalu keluar pegi kerja. Lagipun, kebanyakkan ayah2 sedunia lebih keras hati. Muka cool gila takdak perasaan lagi2 yang bergelar/ penah bergelar tentera.  Kalo terasa pun, mungkin bila adik2 aku takdak pasal depa rapat ngan pak dan suka buat bising. Aku lebih suka tengok, bising bila perlu, memerap dalam bilik, tido dan lain2 perbuatan yang lebih kepada pergerakan ninja. Aku ada kat situ, duk lipat kain tapi orang tak perasan. Huhuhuhu...... Kan aku dah tulis kat sebelah yang aku nih pendiam..haha


Tapi, kalo mak? Tugas sebagai surirumah sepenuh masa menyebabkan dia kena memantau kami daripada kami berstatus rebung sampai la ke tahap buluh. Bukan kata pak tak pantau, pantau la jugak tapi tak sepenuhnya macam mak. Pagi, kejut Subuh, siapkan sarapan, basuh kain, kemas rumah, masak tengahari, peringat kami suruh solat Zohor, lipat kain, tengok telenovela, peringat solat Asar, sapu laman, masak makan malam pulak, membebel bila tau kami tak siap keja sekolah lagi, last sekali sebelum masuk tido, suruh kami masuk tido dulu. Tu secara general la. Banyak lagi kerja2 beliau yang aku jarang ambil berat. Senang kata, most of the time, kami ada depan mata.




Tiba2 bila kami dah semakin membesar, tugas tu kurang sikit demi sikit lepastu terus takdak. Kalo dulu kena kejut kami solat Subuh, sekarang dah tak lagi. Dulu kena buat sarapan sebelum pukul 7 pagi, sekarang nak buat boleh taknak buat pun takpe. Dulu basuh kain baju bertimbun, sekarang basuh beberapa helai je. Baju beliau ngan pak. Dulu masak nasi dua tiga pot beras, sekarang satu pot setengah. Dulu, kena kemas satu rumah pasal kami especially aku selalu menyepahkan barang2, sekarang, lap2 habuk jek bila perlu. Bila malam, takpayah lagi nak peringat kami pegi tido pasal esok nak sekolah.


anak bapak..huhu


Bila anak2 semua dah pegi sambung belajar, dan mak ayah tinggal berdua je, what would they feel?

Sunyi gila.

Tak kira la macam mana happy pun suara depa bila kita call, dalam hati, Allah je tau betapa rindu depa kat kita. Pasal depa dah tak dengar anak2 berebut remote controller nak tukar channel masing2. *Mujur jugak rumah aku takdak Astro. Tu pun berebut jugak.* Mak dah tak nampak lagi situasi anak2 kena perambat ngan pak pegi mandi pasal dah Maghrib. Pak pulak dah tak dengar mak membebel bila anak2 lambat pegi solat. Nak dapat makan satu family pun dah payah, apalagi untuk pegi bercuti.

Tu situasi bila anak2 pegi sambung belajar. Bila anak2 dah ada keluarga sendiri, macam mana pulak? Berapa banyak masa kita ada untuk luangkan kat depa masa tu? Aiseh..  Macam mana pulak dengan perasaan anak2 bila ibu dan ayah dah takdak?

Sebab tu, kita kena hargai setiap saat yang ada. Bila orang kata, 'Masa Itu Emas', yang student2 ni pun punya skema duk memfokuskan maksud kata-kata tu adalah,


'Jangan belajar last minute. Nanti tak cukup masa nak cover semua subjek lantas gagal menjawab exam dengan baik'.

Betul tak?

Berapa ramai dari kita yang penah selit kan situasi yang aku bebelkan kat atas ni dalam dalam peribahasa 'Masa Itu Emas'? *tu sejenis peribahasa ke?* Jujur aku cakap, aku pun jarang teringat pasal hal ni. T_T

Ok, tu je..
TQ for reading..

Adios!

16 comments:

paripariputih said...

alo lo lo supannye dia lipat kain.. dah macam pompan malay terakhir keh keh keh.. besa tu noona ni dah tua bangka pung tiap2 hari gi umah mak... tu sebab anak noona lepas balik sekolah akan gi umah nenek dia... noona kan kijo.. so tak dok sapa kat umah ni... tapi memangle.. bila kita dah tua2 suk rumah yang dulu riuh rendah... tetiba jadi kosong... sebenranya duduk rumah sendiri memang elok especially yang dah kawen (habis tak reti2 nak berdikari... tak kan dah kawen pung nak duk bawah ketiak mak pak kan) cuma jangan la disalahtafsirkan pulak suh duk rumah masing2 sampai orang tua tu tak dijengah.. nak lak anak lelaki yang dapek bini queen control... kalau kita x nak kita pun di tinggalkan masa tua2 nanti... jangan buat benda tu kat pareants kita... masa derang masih ada ni lah seboleh2nya kita tatang derang macam minyak... ni time kita nak balas jasa drang... walaupun derang x mintak... tapi sendri mau ingat la.. itu pun kalau korang sayang mak pak korang... klw tak sayang jangan la amek pedulik.. cume kena ingat what goes around come around... beri kasih sayang seckup pada derang selagi hayat mrk di kandung badan... tul tak mirul he he he

Husnalyas said...

betol tu. ksian kt dorg. aku sbg ank bgsu kne ambk alih tugas2 kt rumh n jge mak ayh aku pas kakak n abg sume pakat duk kawen n tinggal jauh2. sian kat aku. huhu. :(

putryteya said...

hehhe . seronok baca entry ni .
anak dah besar2 macam tu laa . rumah aku ni , ramai lagi budak kecik . lambat lg kot rumah nak sunyi :')

Ety said...

hihihihi. entry kau panjang, tpi komen aku pendek je, sbb kau mengingatkan setiap apa yg happen dalam family aku. sebijik woo.

teringat mak aku, pernah cakap , " nanti kalau kamu semua dah blajar, ada yg dah berkeluarga, mak dgn ayah berdua je la kat rumah. makan kat luar je, dating je. nnti time raya, tunggu anak2 balik " :)

kesimpulannya, selagi kita punya masa, hargailah dengan mengisi sedikit ruang masa tu buat mak dan ayah :)

hahaha, ni kira komen pendek ke ?

leakedknowledge said...

err, panjang sungguh komen ppp ni..hahaha

leakedknowledge said...

pendek2 ko pon still org ke-2 paling pjg komen slps ppp.hahaha

Amirul Verdasco Nadzri said...

betul noona, buat yang terbaik utk dorang utk kesenangan kita jugak nanti..huhu.. welcome home, noona.

Amirul Verdasco Nadzri said...

takpela, na..buat seikhlas hati. tapi mesti stresskan rumah jadi sunyi bila adik-beradik takdak?

Amirul Verdasco Nadzri said...

tq, teya.. ang ni anak tengah2 ke? ok la tu adik2 ada lagi.. best dol ada ramai org kat rumah..haha

Amirul Verdasco Nadzri said...

ety: aku setuju ngan kesimpulan ang tu. memang depa boleh gi dating, makan kat luar, tapi still takboleh lawan suasana kat rumah masa anak2 tengah membesar..huhuhu

komen ang tu dikira pendek. boleh kena potong markah..haha

torres: haha..ang ni dah macam admin plak..haha

leakedknowledge said...

err turn ak lak nk komen..hurm..hurmm..tgh pikir..ak baca sebijik2 kot hasil nukilan ko..terbaik..ak angguk jerla setiap statement yg ko kluar kn tu tp ayat yg plng best buat ak tergelak, 'Lagipun, kebanyakkan ayah2 sedunia lebih keras hati. Muka cool gila takdak perasaan lagi2 yang bergelar/ penah bergelar tentera' hahaha lwk giler kot...ayah ak polis, mmg kool habes mcm bapak ko

konklusinya, mmg betul kata ko, diorg nmpak jer happy padahal lam hati mereka rasa kesunyian time kita xdak kt umah..apa2pon jgn lupa kol family stiap minggu bertanya khabar :)

paripariputih said...

erk miko... dah terbiasa... kalau pendek komenya buka ppp kot tu ... ha ha ha

p/s: paling pendek komen ppp utk bloger bila ppp jawab pasal captain america entri miko yg pari2 cume jawab indeed keh keh keh...

paripariputih said...

amirul: thank you dear noona glad that i can have my old life back hu hu hu :)

paripariputih said...

miko, mirul baba (ayah) ppp orang paling tak pernah ada raut wajah garang... klw dia garangpun nampak comel... macam anak dia ne.. keh keh keh..

p/s: saja nak menguji kesabaran miko membaca komen2 ppp yg berlambak2 dan panjang2 ha ha ha... sabau jer la ye KOMIKO...

khairolina said...

hak2..lipat kain ye??? comelnya.... mcm famly aq jgk la. aq nak bongsu,so aq tgk tgk 1,1 adik bradik aq xada kat uma, bila yg len dah kawin rumah pun sunyi ,rasa lain semacam ja,, so tinggal abg aq 2org lg yg blom kawin... tp tu pun durang keje jauh. so tinggal aq ngan mak n pak aq je.. kadang terasa rumah tu cam ada hantu ,dgr org berjalan.padahal org sebelah uma. hak2....

Ety said...

Torres : Pesal tetiba aku panggil kau Torres ni ? hahaha. buat buat tak ingat. hahahaha, PPP mmg tak leh nak lawan la. komen kak PPP mmg panjang gilaa woo :D

Mirul : Hahahaha. Alaaa skali sekala kasik komen pendek, orait juga. kang kau bgi panjang, nampak aku pulak macam ADMIN blog ni. buat entry baru kat ruangan komen. hahahaha

psst : hoii. kome berdua ni mana hilang ? aku online, kome takde la pulak dah. har har har :D