Monday, August 13, 2012

Aku & "Mari la Tutup Sepenuhnya"

Assalamualaikum..
.......

Aku respek wanita yang menutup aurat. MENUTUP AURAT ye, bukan sekadar bertudung. Kebelakangan ni aku selalu jumpa statemement2 yang hanya memfokuskan dengan bertudung ibarat mereka telah menutup aurat sepenuhnya. Maka, lahirlah insan yang bertudung berbelit dengan selendang berlapis-lapis beserta keronsang sejambak dua tetapi bahagian kaki hanya disarung legging yang ketat.

"Perh, kalo ko kondem orang, Mirul, memang sedap tulis jek..." sound Mak Cik Ruby de Sanchez sambil membetulkan lapisan selendangnya yang ketiga.

"Sori, mak cik!"

Ok, aku nak berenti komen orang pasal aku sekadar seorang pemerhati, takde kelayakan pun nak komen2 orang. Kira yang atas2 tu mukadimah la..haha

Baik, sempena Ramadan ni, ramaila insan2 yang mula melakukan perubahan dalam diri masing2. Yang solat selalu di akhir waktu kepada di awal waktu, yang suka pakai dedah2 kepada yang tutup2, yang selalu cakap kasar2 diselang-seli dengan carutan kepada yang sopan santun lembut bahasa dan lain2 perubahan ke arah kebaikan. Aku pun ada la jugak. Sikit2. Orang kata ayun slow2. Laju2 kang takut terbarai tengah jalan. Haha

"Sialan, ni sape punya keja pegi tukar fb aku jadik timeline nih?!! Brengsek!" -.-" Dah terbarai (fb aku jadi timeline secara otomatis. wuwuwu)

Bukan nak bangga ke hape ke, aku nak share satu benda jek. Satu. *maaf kalo tetiba terjadi dua atau tiga pada baris seterusnya..huhu* 

Pasal aurat lelaki.

Aku suka pakai seluar pendek. Seluar tiga suku orang cakap. Yang budak lelaki selalu pakai pegi bersukan macam Nike Total90, Adidas F50 dan lain2. Seluar tu just nice je tutup lutut aku.Tapi aku punya Total90 seludup r. RM15 jek hahaha.. Peduli apa aku. Berbelanja ikut kemampuan. Ingat ye adik2. Alamak, dah melalut.

Justeru, tak kira aku pegi bersukan ke tak, aku selalu pakai seluar tu pasal selesa. Masa lepak2 kat rumah sewa, pegi kedai even pegi kedai makan sebelah rumah pun aku pakai seluar tu. Maksudnya, kalo aku pakai, aku tak bukak dah selain masa solat ngan time mandi.  Tapi, aku takde seluar2 pendek untuk pegi jalan2 pasal aku sedar tahap kaki aku macam mana. Lagipun, kalo aku pegi jalan2 pakai seluar pendek, susah aku nak solat nanti.

Balik rumah kat Pahang aku still macam tu jugak. Rilek r. Keliling rumah sume jiran2 kenal aku daripada kecik. So, takpayah segan2 r pakai seluar pendek. Tak nak pakai baju masa basuh keta pun orang tak kesah dol.

Kiranya bab aurat lelaki aku CUAI sikit. Walaupun aurat lelaki sekadar pusat hingga lutut. Itupun tak terjaga. Bahagian atas lutut sampai pertengahan peha kadang2 tak cover dengan sepenuhnya. Bila berdiri, ok. Bila duduk mencangkung, naik motor, abis terdedah peha aku .

So, bila sampai Ramadan, aku cuba ubah perkara ni. Dalam rumah, aku pakai seluar pendek tu pasal panas. Tapi bila keluar, aku akan makesure aku pakai seluar panjang. Nak jadikan cerita, masa bulan puasa ni jugakla yang menguji aku. Kejap mak suruh pegi kedai beli barang, kejap suruh booking murtabak, kejap pegi antar lauk kat jiran, kejap pegi beli kuih, pastu pegi bazar pulak. Haha..

Tapi aku teruskan jugak niat aku walaupun kadang2 sehari 2,3 kali tukar seluar. Alhamdulillah. Aku rasa macam, "Wah, bagusnya ko Mirul.." Motivate diri sendiri.

Dan keadaan ni menyebabkan aku bertambah respek pada kaum Hawa yang betul2 menjaga aurat. Bukan sekadar bertudung. Ok, amik contoh aku tadi. Tukar daripada lelaki jadi perempuan. So, berapa banyak kali dia kena pakai tudung, pakai handsocks, dan lain2 keperluan supaya aurat dia terjaga? Tau2 la, kalo duduk kat rumah, sapa yang berjubah seharian? Mesti pakai biasa2 je.

Apa yang pasti, bila wanita menutup aurat dengan sempurna, balasan yang dia dapat pun setimpal. No feewitttt2, takde orang renung2, bahkan dorang akan dapat full respect daripada kaum Adam.

Aku rasa ramai orang yang tak berapa pandang isu aurat lelaki especially lelaki sendiri. Pasal dalam otak dah set, "Alah, ko lelaki. Takde hal r pakai seluar pendek.." Sedangkan bukak baju pun orang tak kesah, ni pulak pakai seluar pendek, betul tak? Huhuhu... Awek pun takde hal pakwe pakai seluar gitu. Kena pulak dengan loafer dan kemeja fit. So metrosexual and up-to-date kan.. Tapi, aurat is still aurat.. Untungnya lelaki, aurat hanya pusat hingga lutut.

Ok, tu je..
Terima kasih kerana baca entri aku.

Adios!

ps: teringat kawan aku, Ayunie penah cakap, "Ko ni Mirul, kat sekolah kemain hensem, kat rumah pakaian macam orang miskin.." haha..

ps2: thanks to noona, well known as Paripari Putih yang sangat concern dengan kesihatan aku. bertuah aku dapat kakak cam noona..huhu

20 comments:

Unknown said...

Dushhhh! Terjun tiruk ala Pandalela utk mendapat tempat pertama org yg komen. Jap lagi aku dtg blk komen (ha3 pinjam ayat miko aka en.torres / en.kopi)

Unknown said...

Ok siap sedia mirul aku nak buat karangan neh... Pasal aurat pompan tu, aku pun secara jujurnya masih lagi menyimpang, ko pun tau aku ni jenis2 mak jemah gak ni, ala kadar, time aku nak cover sume aku cover kan (mohon doakan supaya aku cepat2 insaf). Pasal aurat lelaki tu aku setuju ngan ko, kdg2 mcm law law lelaki tu buka aurat x sapa pun nak menegur, (tapi aku paling x leh terima law lelaki dgn bulu dada ala2 carpet kt umah aku, pilis geli) tau le dada lu myk rumput tapi cover2 la ske.. Buatnya nak menyenduk lauk, sekali 2 gugur lam kari ewwww x dapek aku nak bayangkan ha3 ok komen lari dr tajuk. Tapi pepe pung jome le kita sma2 x kira laki ke pompan baiki taraf menutup aurat kan... Aku ni slowly akan ke arah2 tu jugak walaupn kubur semakin ligat melambai2 kan. P/S: Mirul aku ni memang cukup amek berat pasal ko n sekutu2 ko yg lain.. Sayang ko adek2 ni maklong noona dia nak g melawat pung jauh jdi dgn bertanya kabau hrp terubat ske demam rindu eh silap demam panas ko tu kan.. Org yg lum komen tu... Nawaitu aku mmg nak rembat jer suma kotak komen ni kan.. Tpi. Aku masih punya hati n perasaan ha3 cukup dah kot tahap2 karangan komen aku ni

diya said...

Yunie cakap kau org miskin? Kahkahkah gelak guling guling.

Ety said...

Bercakap soal aurat lelaki ni, aku ada satu entry yang aku dah siap taip tentang aurat lelaki sbb aku nampak seorang mamat yg tidak beraju dan hanya memakai boxer, yg nampak peha gebu dia tu. aku dah taip, tapi aku save je as draft, sbb rasa macam tak patut nak komplen pasal aurat org lain, sedangkan aurat aku pun tak terjaga sepenuhnya.

aku mungkin bertudung, tapi bila tgk kawan2 aku yg bertudung bidang 60, pakai baju panjang, t-shirt muslimah, yg lengan panjang siap pakai handsocks lagi, aku jadi rasa kerdil.

feelings sat.

okay, komen yg selebihnya biarlah aku simpan sendiri :)

yg benar,
Babyface.

Unknown said...

babyface? sathiya??bhahahahhaahah ak troll sat

kamal lee said...

Mak aih komen ety dengan PPP, boleh buat entry baru oi. haha.
ok, first of all, thniah sebab hang dah biasa kan keluar rumah pakai seluar panjang. good good.
yang pasal aurat pompuan pulak. ramai jugak membe membe aku yang tak reti nak tutup aurat. even adik pompuan aku pon. bile aku tanye kenape tanak tutup aurat,
biase jawapan diorang bagi, "belum sampai seru la" or " dosa aku, dosa aku! kau takyah nak jage tepi kain org!"
so as a conclusion, susah nak cakap dengan pompuan yg jenis tak paham bahase cenggini. biar lah. doakan semoga die terbukak pintu hati.

sekian.

Ety said...

Kopi ! Kau kacau mood lah. Hahahahahaha :D

Ety said...

Hahaha. PPP memang menduduki carta komen terpanjang :D

Unknown said...

mirul mohon adakan anugerah PENGOMEN terpanjang TAKLEH BLA.. keh keh keh... Ety jom kita pakat2 masuk pencalonan hu hu hu ^^

Unknown said...

gud topik..aku pun sedang belajar menutup aurat ..bukan membalut aurat..majoriti membalut aurat :) tol xxxx....

Amirul Nadzri said...

bulu dada? huhu.. tu macam set2 pakistan jual karpet jek..haha tetiba aku pun geli membayangkan bulu dada jatuh lam kari. hoihoi.. biasala noona, kadang2 kita terkhilaf. macam aku cakap kat atas, kita ayun slow2. takut terbarai nanti. buat kebaikan ni perlukan masa. takkan tetiba terus nak berjubah/berpurdah kalo hati tak ikhlas langsung. ye tak?

pepun, aku dah biasa dah ngan komen panjang2 noona tuh. kalo tetiba jadi sikit, tu tandanya something is wrong with my noona..kehkeh

Amirul Nadzri said...

haha..tu la pendapat beliau. masa tu form 5. aku pakai baju bapak aku yang bhgn leher dah loose. baju tu besar. pastu aku pakai seluar slack form 4. seluar tu dah lusuh..kecik plak tuh.. mana tak nampak miskin..hahaahaha

Amirul Nadzri said...

tu la, aku pikir 2,3 kali jugak bila nak publish entri yang berkaitan ngan agama dan orang lain. tapi aku rasa ang patut publish je. at least budak2 lelaki macam aku ngan TORRES ada kesedaran walaupun tak buat. *motip bold nama torres* selalu orang tegur orang pempuan je..

Amirul Nadzri said...

kamal: ang jawab r, seru dah sampai 1400 tahun dulu..huhu kadang2 tepi kain kena jaga. yang tak patut di jaga, dalam kain tu.. thanks for responding.

ety: haha..komen noona tu, aku save as draft. kalo terdesak, aku publish jek.. hahaha

noona: hmm, bagus jugak idea tu.. noona ngan ety autometik tercalon..kehkehkeh..

Amirul Nadzri said...

yup3x.. pempuan ngan lelaki sama2 bermasalah. even aku pun bermasalah dalam kategori cover aurat nih. sebab tu aku kuarkan entri ni. aku bagi pendapat aku, korang pun boleh bagi pendapat korang. tq for reading. =)

fynuraqilah said...

nice entry..
memang kdg2 hal ni dipandang remeh pun..
even sy sendiri pun kdg2 khilaf..
tapi,kita msih mampu berubah kn?
jom sme2 jadikan Ramadhan ni sbgai satu titik permulaan utk kita jaga apa yang kita patut jaga,termasuklah aurat :)

Amirul Nadzri said...

tq, miss fifi..
yup, semua org mampu berubah walaupun kadang2 terpaksa.. =) tq for reading..

putryteya said...

owhh .. aku tak suka sgt laki pkai seluar pendek ni . okay2 tak de sape kisah pun aku suka ke tak . hahah

mmg semua org akan respek pompuan yg tutup aurat dengan sempurna sebab tak semua mcm tu kan ? tambah2 yg pakai tudung labuh lagi laaa aku respek . :)

Lina said...

semua komen pnjang2 ni... ok2.. aq nak komen jugak la.. tp xpnjang mna..

ni berkaitan dgn aq juga.. dulu aq xpakai tudung.. suka sgt pakai sluar pendek.. tp bukan yg mcm kaum2 cina guna tu.. sluar pendek yg yg mcm dak lelaki slalu guna tu.. dlu aq adalah seorang perempuan yg perwatakan kasar, so besala,kalau pmpn ni xtutup aurat mula laa c lelaki yg semiang-miangnya akan peweeiiittt, sna peweeiit sini, dan aq mula la bangga sebab ada org nak ngorat,betapa bodohnya diri aq dulu,, haha..

tapi setelah aq masuk poli, aq berubah kearah kebaikan pulak, aq guna tudung, tp masa aq guna aq rasa terpaksa sebab aq xbiasa pakai tudung, **masa sekolah pon skolah kitorang xpe xpakai tudung, skolah cinakan**.. haha.. tp aq biasakan diri pakai tudung g kelas, g cafe, g kluar jenjalan kat bandar, 1 ary tu aq kluar g bndr sebab kakak aq ambik aq xpakai tudung, aq rasa mcm bersalah pulak, dan rasa mcm berbogel bila keluar xpakai tudung, setelah kejadian tersebut aq nekad dalam diri aq akan pakai tudung selama2'y.dan lelaki yg semiang-miang'y xde dah nak peweeit sana sini, aq rasa ada baiknya dan aq xperlu takut... soal leging pulak aq xpernah nak guna dan xteringin pun nak guna, sebab pak aq cakap " lina kau mau ka bapak masuk neraka sebab kau x tutup aurat dgn betul"

ok itu saja...

Ety said...

ohh ada sokongan ni. takpa lah, nnti tunggu masa sesuai, kalau aku rasa nak publish, aku publish la. hihihi, untuk beri peringatan pada kau dan Kopi Torres tu sekali :D