Monday, February 18, 2013

Aku dan Sesi Perlempengan Abadi

[Assalamualaikum..]

Tajuk entri macam haram.

Baik kawan-kawan, pagi-pagi buta nih aku nak share satu tips. Satu tip atau satu tips sebenarnya? *pening* Ahhh..yang penting benda tu satu jek. Aktiviti ini boleh menguatkan otot-otot lengan (flexors, extensors, biceps, triceps etc) dan tangan (abductor dan flexor pollicis brevis etc). Oh, ya. Serta menggalakkan perpeluhan. So, bangun tido, lepas solat Subuh, bolehla meregang-regangkan otot kerana hasilnya selepas tu boleh menggembirakan harimu.

Baik, bahan-bahan yang diperlukan.

- Mangkuk besar. Besen pun boleh. Tapi bukan tempayan.
- Senduk.
- Air panas mendidih.
- Air sejuk (air masak biasa, bukan air daripada peti sejuk)
- Tepung gandum 2 cawan.
- Pisang masak yang dilenyek.
- Gula dan garam. (sukatan ikut tahap kesihatan)
- Susu pekat.

Baik, masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk.

Sudah?

Sambil bersiap sedia dengan senduk, tuang air panas mendidih secawan. Kacau sehingga larut.

Tak larut? 

Tambah lagi secawan air. Kacau.

Tak larut jugak? Tambah lagi air panas dan kacau.

Kacau, kacau dan terus mengacau sedaya-upaya. Jangan berhenti. Tapi sila berhati-hati. Rasakan regangan otot-otot yang mampu mengalami risiko kecederaan.

Dah berpeluh? 

Tepung larut tak?

Tak?

Ekekekekeke..

Baik, yang sebonar eh, topung tu takkan laghut nyo do.. huhu..*lesung batu dilempar tepat ke muka* Sebaliknya mengembang sebab bila dicurahkan air panas. Makna kata sampai besok pun takkan larut dengan sukatan air panas secawan secawan tuh...huhu

Ok, seterusnya, masukkan air sejuk dan kacau sehingga larut. *Err..in shaa Allah akan sebati dalam air sejuk.* Jangan terlampau cair. Masukkan sedikit gula dan garam. Pastu pandai-pandaila campur pisang dan susu pekat.

Panaskan kuali rata dengan sedikit marjerin dan sila masakkan adunan tu lantas dimakan sehingga kenyang. Bila dah kenyang  mesti hepi kan? Bila hepi boleh la tido balik.. huhu..


**Ni resepi lempeng pisang sebenarnya. Kebangangan berlaku masa kat aku kat rumah sewa. Aku ingat setakat lempeng tepung kosong tu apalah sangat proses dia. Aku pun nak buatla lempeng pisang tapi, tepung tu aku bancuh ngan air panas mengelegak.

Hypothesis aku: Semakin panas air, semakin senang tepung melarut.

Aku kacau macam nak mati, sampai berpeluh tapi tepung tu tak larut. Naik tergeliat tangan aku. Sebaliknya aku tengok tepung tu jadi cam banyak gila secara otometik. Beliau kembang rupanya.*kebodohan apakah ini?*

Lepas campur ngan air sejuk baru la adunan tu normal balik. Aku masak-masak dan bagi housemates aku makan. Ada yang komen kata rasa lempeng tu cam kuih akok. Mana pegi rasa pisang tuh? Wallahualam. Entah r. Yang penting benda senang, yang boleh siap setengah jam, jadi dua setengah jam. Dan menyebabkan tangan aku lenguh gila.

Mohon reject hypothesis.

Ok, tu je.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Adios!









11 comments:

Unknown said...

Awal sekali aku igt tajuk hg typo. aku igtkan 'sesi perlempAngan' =.='

aku rasa tips yg betul. kalu tip, tu yg org bgi kat pekerja hotel yg hantar beg kita ke hotel. kan? kan? aku sendiri tak pasti =.='

err, lempeng pisang? klu cekodok pisang tu aku tahu n pernah rasa la. tp kelempengan pisang blom lagi..=.='

Hipothesis ditolak. Jadi, kesimpulannya? Memasak la dengan cara normal =.='

Flavnesz said...

mula2 baca, aku blur... penat aku absorb ape kau nak smpaikan.. rupanya resepi lempeng je..-_-

Lina said...

ya ampun c kacak.. aq ingt sesi pelempangan mcm miko fikir tu.. adohaiii c kacak... bawa2 bertaubat.. ekekeke...


btw lempeng ko tu jd ke?? aq nak rasa secubit sedap ke x?? hahaha

Unknown said...

Hipotesis ditolak tu adalah perkara biasa sebab masak memasak ni sbnanye eksperimen, macam macam hipotesis yang boleh kita predict..
Tapi tapi bahagian penggunaan kata perlempengan tu..haha first time aku denga ni.
Mohon semak balik penggunaan gaya bahasa yang betul :3

kamal lee said...

Aku ada sedikit masalah bila membaca. Sama macam budak yang komen first tu. Heheh. Ingatkan Pelempangan. Serius.
But then bile baca, tang mana pulak pelempangan nye. Akhirnya aku dapati ia adalah sejenis makanan Pancake atau bahasa melayunya Lempeng. :D
Terrer jugak ang bab bab masak memasak ni ek? Nanti boleh torai resipi ni. Mana tau mak aku tekejut beruk bila melihat aku masak lempeng pisang yang 'rare' ni. Lulz.
Ok, ni agak keterlaluan komen. Hiks. Kbye. :)

Tinta Maya said...

Hahaha. aku bajet hang nak cite sal hang baru pelempAng membe hang. dah kusyuk ni nak scroll. tapi asal kena ada bahan segala? look back kat title ohh perlempengan . ape-2 jelah ayat hang guna ni weii. tahulah BM A+ dulu .

ok, jadi ke perlempangan hg tu at the last ? pos lah kat aku sikit.

dah penat hang kerah tenaga kacau bende tuh, tangan hang timbul ketul-2 tak macam Malik Nor ? haha :D

Unknown said...

Sejak bila plak ko tukar jadi blogger tulis entri masak cengkodok ni Mirul?? Ekekekeke ^_^

Dakara said...

sebenarnye aku bace 2 kali tajuk ko, bila dah pasti yang ko tulis perlempengan, barulah aku teruskan baca, hahaa.

dulu chef aku kate kalau pakai air panas akan membantutkan kanji dan elasticity tepung, apekebenda tah proses tu namenye, tapi yang pasti nanti doh tu tak boleh diregang2 macam roti canai. (ade kena mengena ke dengan entri ko ni?) takpelah saje bagi tahu haha

Amirul Nadzri said...

@kopi: ada betul jugak tip tu. bai, aku pun masak cara normal. cuma kesilapan teknikal dlm proses..haha*sigh* ang tak penah rasa lempeng pisang? *simpati*


@rajanah: aah, resepi jek. tapi motif sebenar aku nak cerita kesilapan teknikal tu..huhu


@ustazah lina: semenjak hari tu, aku dah tak memasak lempeng.. adakah boleh dikira sudah bertaubat? huhu..


@ha fiza: aigoo.. penggunaan bahasa yang tepat begitu sukar sekali bagiku..haha


@kamal: ang setaraf ngan kopi tak penah makan lempeng pisang..*simpati* mohon cuba dan bagi mak/mak mentua.. musti ang disayangi..


@aina: BM aku dulu takdapat A+ tapi 1A..huhu mungkin sebab tu kot jadi perlempengan.. jadi maa lempeng aku.. tengok kaki la..haha btw, tgn aku mcm sazali samad, cuma segan nk tunjuk.. haha


@noona: semenjak pandai masak cucoq kodok la noona..huhu


@dakara: aigoo, chef komen, mmg tershadap la aku..ahaha oo, sebab tu ke? but seriously, susah gila nak kacau.. btw, tq, chefunim!

Nekobiah said...

Title memang agak unik. Baru ingat nk offer tolong lempang, rupenye pelempengan. haha. Memasak memerlukan usaha, kesabaran dan ketelitian yg tinggi. Sebab tu x semua org boleh jd chef. Semakin teliti kite masak, semakin sedap masakan kite. Hipotesis ke ni? hehe. Ape pun tahniah la, dapat gak ko exercise dlm mase 2 stgh jam tu. :D

Unknown said...

tercekik bace entry ni

aku da pk cekodok pisang je

sekali tgk ko letak air

air dan air

cair semacam

kfaing aku lampi