Monday, June 11, 2012

Aku & "Pepatung dan Semut Api"

Assalamualaikum..
......

Sabtu lepas, blog aku kena hack ngan Cyber IT Crew. Adoii.. bapak cuak. Rasa nak tercabut jantung aku. Walaupun blog aku takde menda penting2 tapi aku tetap jugak nak rasa cuak. Huhu.. Aku baru bajet nak buat entry penaik semangat untuk cik adik. Tengok2 kena hack. Tak boleh bukak. Lepas nego2 ngan Root Raider, dia lepaskan blog aku petang Ahad. Alhamdulillah..

So, korang "beware of the hackers.." (ni amaran si Root Raider)

Actually, dorang ni baik. Dorang just hack, content semua dorang tak usik. So, pepandai la nego ngan dorang ok.

Ok, ni entry yang tertangguh pasal kejadian di atas.

Khutbah Jumaat lepas, khatib tu ada sebut (lebihkurang la)..

"Masa peperangan, diharamkan memusnahkan binatang, tanaman dan tempat kediaman. Even seekor semut pun diharamkan dibunuh kalau bertujuan untuk menganiaya..."

Balik rumah, aku pun terpikir. Tak banyak spesies aku aniaya pasal aku tak la jahat mana. Ayam, itik, lembu, kambing semua aku tak usik. Tapi, kalo kat akhirat la ada binatang yang tuntut pengadilan atas aku, tak lain tak bukan, mesti si pepatung. Satu jenis, tapi dalam kuantiti yang banyak, Tak kenal pepatung? Tipu la wei..huhu.

Masa aku kecik, aku duduk kat kampung, rumah wan. Pepatung nih sikit punya banyak la kat longkang depan rumah. Selalu aku jumpa kaler merah. Kadang2 ungu.  Aku plak, tak tau camne, boleh jatuh cinta ngan spesies nih. Masuk tengahari, aku dah standby kat longkang pasai binatang ni aktif tengahari. Kulit aku toksah cakap r, memang gelap. Tapi gelap standard Melayu lagi la. So, tertonggeng-tonggeng la aku tepi longkang tangkap makhluk nih. Susah woo tangkap pepatung kalo bare hand. Dalam jarak setengah meter, dia dah boleh detect aku. Tapi, aku dah macam kena mandrem, asal nampak nak tangkap. Bila dapat, memang puas hati. Dia punya syok, macam dapat tangkap perompak.

Disebabkan aku ni gigih ke hulu ke hilir mengejar pepatung, atuk jiran sebelah kanan rumah wan pun rasa simpati. Lantas, dia ajar aku satu teknik bangsat nak tangkap pepatung. Amik lidi, sapu getah nangka kat ujung, pastu lekat kat pepatung. Pasal lidi tu panjang, aku boleh duduk jauh skit.


Hasilnya, memang memberansangkan. Graf tangkapan naik mencanak. Habis tok nenek aku sapu. Hampir pupus spesies pepatung kat longkang tu. Dah dapat, aku simpan la. Tapi, sebab masa tu aku bodo lagi, aku tak tau pepatung ni karnivor. Aku pun bagi la makan bunga loceng yang kaler kuning2 tu. Tambah bingai, bunga loceng tu beracun. Patutla lalok semacam pepatung pas makan. Tak lama, mampuih. Tak pa, bulih tangkap hat lain...haha.. Kira bunuh tanpa niat la. Aku tau dia karnivor masa belajar sains darjah 4.

Lagi satu, aku tak ingat sapa ajaq aku. Pak aku kot. Ikat kaki pepatung tu ngan benang.  Buat macam main layang2. Agak2 dia terbang jauh, tarik je benang tu. Huhu... Style dak?

Kadang2, agak2 dah bosan, aku bunuh direct je. Tarik satu part kat ujung ekor, keluar cam tali perut. Pastu cucuk ngan lidi ekor tu..Huhu

Tu spesies pepatung. Lagi satu binatang selalu aku bunuh, semut api. Aku selalu tak perasan, aku da terpijak kawasan perumahan semut api ni. Tau2 da kena gigit. Sakit kan? Pastu gatal2, then keluar biji2 air kat tempat dia gigit.

Kadang2, kerana sekor semut api, satu kampung dia aku musnahkan. Punyala marah. Gulung2 kertas surat khabar, buat cam obor. Bakar sarang dia. So, dalam satu masa, berpuluh ekor mampuih.



Huhu...moga Allah ampunkan dosa aku.. Korang camne plak? Takkan semua baik kot????

Ok, tu je..

Adios!


  





4 comments:

miss aina said...

Ya Allah , pasaipa buas sgt taktaw . haha :D
standed ar tu pepatung , tapi kite tak sekejam mu ! huhu , btw , pasal hack tu kan , 'nego' tu gapo deh ?? tengok betapa kelirunya sampai bubuh dua ques. mark! ngehehe :P

ღ♥ H A J I R A ♥ღ said...

ok..sorry kalau panjang melampau~

#1: kena hack?serius? bukan hack tu illegal ke? boleh report polis la sebab diorg xde hak nak hack akaun sape2...sama cam menceroboh rumah org.ermm..

#2: aku xpenah bunuh ppatung. tp dlu mase kecik2 mmg anti ngn cicak.so mlm2 pakat ngan nabila tangkap dan bunuh cicak beramai2.haha. xpayah la aku citer cmne kitorg bunuh.. kematian sgt cepat dan xmenyiksakan.. hihihihihihiiiiii... phala sedekah tu kalau bunuh cicak.

Amirul Verdasco Nadzri said...

miss aina: buas? mana ada..takdak aih.. nego tu, negotiate. berunding...

hajira: #1: *tone serius* yep hack..aku serius nih. dorang buat team..hack mana2 blog. pastu nanti dia suruh tunggu lam seminggu baru bagi balik. tak silap aku, ada gak owner tak dapat balik sebab miscommunination ngan hackers tu.. memang illegal sebab rampas hak orang..

#2: dah nama sifu, mesti lagi advanced. cicak kot..huhuhu.. sib baik ko tak bunuh biawak. mau aku tabik..haha

Husnalyas said...

aku bunuh semut je.
baek tak aku?
hahaha