Friday, June 22, 2012

Aku & 'Konflik Amirul'

Assalamualaikum..
......

Aku penah berdepan dengan konflik nama suatu masa dulu. Pada aku, nama melambangkan ..err..hmm..err..*berpikir* bukan melambangkan, tapi menunjukkan yang aku ni special berbanding orang lain. Nama akan membezakan aku dengan orang lain. Tapi, dilahirkan dengan nama Amirul, telah menimbulkan konflik dalam hidup aku. Huhu..

Masa aku tadika, aku selalu membandingkan nama aku dengan kawan2. Taufiq, Shafiee, Mustaqim, Hanafiah, Musaddiq, Hasrul, Khairul Nizam, Faiz, Haire, Afiq Aizad, Mazis, Azuwan dan ramai lagi la..*sambil selak2 album dulu*. Nama dorang sangat la best! Aku? Amirul je..sob3x..



Masuk sekolah rendah, konflik bertambah besar.*kecik2 lagi dah bermasalah* Bertemu dengan kawan2 baru dari seluruh pelusuk Raub masa darjah 1. Nama dorang lagi advanced, kedengaran sungguh moden dan bervisi.. Nazarul Hakim, Hazalan, Elfy Shazrill, Shazani Haris, banyak lagi la.. Aku? Amirul je..sob3x.

Kenapala nama aku tak secanggih dorang? Aku penah tanya pak pasal hal ni. Kenapa tak bubuh nama yang komersial sikit?? Pak aku cakap, nama Amirul ni maksud dia elok. 



Jugak, penampilan istimewa masa tu, ada sorang lagi nama Amirul. Ouhhh, stress sanubari aku. Tapi, lain2 kelas. Beliau di kelas budak2 cerdik. Sampai satu masa, kerana aku pun boleh tahan bijaksana, aku masuk kelas beliau masa darjah 4. Dah sekelas.. Hepi kemain aku, kelas budak2 cerdik tuuuuu..tapi, aku tetap dilanda kemurungan kerana ada dua Amirul sekelas . Kalau cikgu panggil, dua2 menyahut. Dah sorang PERASAN. So, nak membezakan kitorang, aku Amirul N (N sempena nama pak aku), dia Amirul K. Ataupun, lebih sadis, Amirul Cerdik ngan Amirul Kurang Cerdik (ni aku)..huhu Tapi beliau memang bijak. Duk pegang no.1 sampai la UPSR. Aku? No.3 tu la. Penah sekali tumpas dengan sifu aku, jatuh la aku ke no.4.   


Sekolah menengah pun sama. Form 1, ada dua Amirul jugak dalam satu kelas. Kenapa? Sampai aku pertengahan form 2, isu 'dua Amirul sekelas' ni settle. Tapi, junior yang mendaftar pulak bersepah-sepah nama Amirul.. Tak eksklusif dah aku nih.. Arghh..

Bila semakin dewasa, macam2 nama panggilan orang aku dengar. Terutama kat UiTM. Paling tragis, ada sorang junior, orang panggil dia 'Telur'.. Comel pada orang lain, tidak pada aku. Macam mana dapat nama tu pun aku taktau. Huhuhu.. Aku plak? Tak banyak nama panggilan aku dapat, sebab nama Amirul tu sendiri tak boleh dipusing. So, sampai sekarang most of my frens panggil aku Mirul. Family panggil Yoi, (so sape nak panggil aku dengan nama ni, sila mendaftar jadi adik ipar aku dulu..huhu..) sorang awek kat UiTM panggil Mohd. Paling advanced nama aku dapat, Amy, masa aku kerja dulu. Haha.. Setakat ni takde nama pelik2 aku dapat cam Si Kosong (LawakKampus), Si Bebal (ParangGila) etc..alhamdulillah.. Lagipun, memanggil orang dengan nama yang baik kan di galakkan.. Apa guna nama sedap, maksud dia tak elok?? Betul tak? *tunding jari kat penonton*


Kenal tak Umar Al-Khattab? Kenal? Fulamak..sedara eh? Aku setakat dengar cerita dan baca riwayat idup beliau je. Hehe.. Umar ni salah seorang khulafa' al-rasyidin dan pahlawan Islam yang kemain gagah perkasa yang dijamin masuk syurga. Nama gelaran beliau, Amirul Mukminin.. 'Ketua Seluruh Umat Islam..' Fulamak.. start tau cerita ni, aku bangga dengan nama Amirul. Tambah Mohd plak kat depan.. 'Ketua yang Terpuji'.. Perhh.. thanks, pak.. La baru orang tau pasaipa pak bubuh nama nih.. Tapi, di sebalik nama, memikul tanggungjawab dengan ikhlas dan amanah tu lagi penting..


Anda pula bagaimana?? *tone Fahrin Ahmad iklan Euro*


Ok, tu je.. TQ for reading..


Adios!!



12 comments:

leakedknowledge said...

aih hang ni..nk tanya sat, hang tau maksud nama hang tang umo brape taun? ak kecik2 lg dh tau defini nama ak: penolong agama tu..bangga sat 5 secand..so ak xdak konflik sgt dgn nama.eh jap ada..nama aku pjg kot..aih jd masalah lak bila ak ada nnt bila ak kahwin n ada anak...nk berbin ak yg nama pjg nih..mesti cikgu lelah nk sebut nama ank aku kelak..kahkah ada ak kisah cikgu..ak nk letak pjg2 kot nma ank aku nnt...

so, yg atas tu byk ak mlalut. konklusi hang igt sng ka parent hang nk bg nama Amirul kt hang..selak 2,3 kitab2 nama2 baik utk ank kot...so diorg tau apa yg terbaik utk ko

apa lg, sila p cium tangan mak bapak ko skrg ucap trime kasih sbb bg nama amy searc..ops Amirul..kakakaka

http://encikcopypaste.blogspot.com/

Amirul Verdasco Nadzri said...

aku tak sure umoq berapa.. tapi, selalu aku tanya, jawapan, ketua.. sungguh tak memuaskan ati..tu yang jadi konflik. so, da masuk sekolah menengah, dapat ustazah hat pandai cakap arab, dia pun translate.. selesai bab maksud ja..

tu konflik masa dulu.. la ni takdak dah..ang dapat nama panjang ok la.. tak suka hat ni, ada 2,3 patah hat len..hahaha.. sah2 komersial..kui3x..

siti_naqiah said...

hehe, bes ape name amirul tu..lagi pun, Allah dah tulis name kite kt luh mahfuz kan =)

~~oOpEt~~ said...

hg nh.. sedap pa nama amyrul.. aku ada kwan sekelas.. nama amyrul.. hensem gila.. aku pun cayaq.. haha..

JaNnaH said...

kalau rmai gune nme sme disuatu tempat dan mase yg sme.. mmg konflik la.. jannah pernah rase.. tension thap 3..

miss aina said...

laaa , sama ngan scene aku la , kelas aku ada 2org nama farah . ok nama aku lebih glemer dgn farah, not aina . but aku suka org panggil aku aina . (cute je rasanya, hehew ) depa suka buat kami keliru . jerit nama farah je , kami 2org berpaling lalu membuat muka seposen kat si pemanggil . aku dah suh depa panggil aku farah B , membe lagi satu Farah A . nama pak la kan . but depa takmaw dengaq , aku rimass kot . huh

ღ♥ H A J I R A ♥ღ said...

huyo ingat lagi tu dpt no bape dalam kelas...hekhekhek...aku panggil yoi.tp bukan bermakna aku adik ipar ko tau.haha

Amirul Verdasco Nadzri said...

@siti_naqiah: yep, aku setuju ngan ang..

@oopet: amyrul? dan2 ang tukaq.. ang ni suka cayaq.. aku bubuh dalam freezer satgi..hahaha

@jannah: tahap 3..?? *aku duk bayangkan tahap ketensionan ikut skala ang..* tak best kan ada org nama sama kat tempat ngan masa yg sama..sob3x

@miss aina: nama farah lg satu.. aku paham perasaan ang.. tp, nama aina memang cute.. ang toksah duk kembang ok??hahaha

@sifu: mesti aku ingat..haha aku nangis time tu..*malu2x* kalo oak jd adik ipar, kawen ngan amien la gitu.. muda 9 tahun..hahaha

Ety said...

haha. aku pun dulu masa kecik2 berdepan konflik, tpi bukan sbb nama tak glemer (walaupun kgkawan aku nama puihh macam retis) tpi sbb org ramai susah sgt nak sebut nama aku. elok-elok mak aku bubuh Ezzati, ada yg tersasul jadi EZZAWATI. kau rasa apa ? hahaha

bila kat sek menengah, dalam kelas ada 3 org nama sama macam aku. ejaan lain tpi bunyinya sama. kawan2 panggil nama lain, tapi cikgu2 panggil Ezzati laa. last-last nama ayah la jadi penyelamat kepada kekeliruan.

kesimpulannya, walaupun penuh aku pendek, 9 huruf je, tapi aku bangga :)

hehe. so, berbanggalah dgn nama anda Amirul :D

ღ♥ H A J I R A ♥ღ said...

xleh aku da berpunye...amien tu da cam adek aku.aahahaha....

Mirul Amoshah said...

ok ape...dri dpt nme panggilan yg x diredhai...contohnya sye Amirul A.K.A Sawit...

Amirul Nadzri said...

Mirul Amoshah: Memang rare nama panggilan kau.. kau budak UiTM ke? Rasa macam familiar pulak nama sawit tuh..