Friday, June 8, 2012

Aku & "Kek Coklat Kukus"

Assalamualaikum..
......

Ni peristiwa dua hari lepas.
Tetiba mak aku suruh buat kek coklat.
Tak penah hayat aku buat kek coklat.
Kek butter biasa penah r.

"Yoi, pegi buat kek coklat.." Arahan direct tanpa tone nak mengajar

"Tak reti.." Jawapan direct tanpa niat nak buat.

"Ala..Senang je. Ikut resepi dalam buku atas kabinet tu..." Tone motivasi sambil jari menghala ke buku resepi kat dapur yang entah bila mak aku bukak. Macam dah plan dari semalam je nak suruh aku buat.

"Nanti kalo buat, kat tepi2 tu rentung. " Alasan tak nak buat sambil merujuk fakta kes pembuatan kek coklat sebelum2 nih.

"Yang tu, pakai oven. Ni kukus..tak rentung." 

"Ok.." Takde hujah balas.

Prepare meja. Lapik suratkhabar. Keluarkan semua stok bahan2 dan peralatan yang nak guna.
Rujuk resepi.


"Kek Coklat Kukus Mak Kita"


Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula halus
1 cawan serbuk coklat
1 cawan minyak kelapa
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 camca soda bikarbonat
*ayak tepung sekali ngan soda bikarbonat, ok?

Ok semua ada!

Dalam mangkuk putih tu, gula halus.
Aku punya bingai pegi blend gula pasir 2 cawan, pastu dapat semangkuk. Huhuhu...
Patut bajet dulu sebelum blend.
#Fakta: 2 cawan gula pasir TAK SAMA dengan 2 cawan gula halus. 
Tapi, nasi sudah menjadi nasi lemak ayam berempah.
Pakai saja..haha

Cara-cara:
Pegi panaskan pengukus tu dulu..huhu.
Ok,
1. Pukul telur dengan gula halus sampai larut. (telur tu jadi cam putih2 sikit)
2. Masuk serbuk coklat, kacauuuu, pastu masuk minyak. Kacau lagi sampai dorang together2 gitu. 
3. Masuk tepung + soda bikarbonat tu selang seli dengan susu cair. Kacau bagi sebati semua.
4. Dah perfect, masuk dalam loyang. Tak kesah r nak letak dalam apapun asalkan sebatian tu boleh dikukus dengan jayanya. Kukus selama sejam lebih kurang / sampai masak ler.. Aku pakai pengukus bertingkat tu, sejam cukup2 dah masak.

Ok, ni dia hasilnya.

Tadaaaa..

Yosh!
Kek tak kering, of course.
Masak sempurna. 
Kat tepi2 tak rentung.
Kek pun tak termanis akibat kebingaian aku.

Ok, kek tu merekah pasal adunan tu kembang. 
Ala..tak payah explain la unsur2 Physics yang terjadi.
Same case macam masak apam.
Kalo pakai loyang yang berlubang kat tengah tu, tak merekah la.

"Mak, nak buat topping camne?" Semangat memasak menular di sanubari.

"Tak payah!" Ringkas dan padat.

Paling best, bawak menda alah ni balik kampung, dapat pujian wan, aki, mak sedara, bapak sedara, sepupu..*blushing
Walaupun aku letak gula semangkuk..haha
Biar kenyang di perut, jangan pecah di mulut..

Mula berfikir2 nak bukak bisnes..*aish..

Ok, tu je.

Adios!










2 comments:

faizahabdwahab said...

hebat la pandai buat kek..masak lauk reti?boleh buat menantu ni

ღ♥ H A J I R A ♥ღ said...

oi..mane keknye?xhulur kat jiran