Thursday, June 28, 2012

Aku & "Bila Aku Emo.."



Assalamualaikum..
......

Pendapat aku mengatakan, kita tak perlu mengisytiharkan diri sendiri kat fb yang kita nih seorang pejuang agama apatah lagi bila semua, it’s like SEMUAAAAAAAAAaa kawan2 kita tahu yang kita nih dah macam obses dengan sesuatu parti politik. 

Pasal apa? *tunjuk mic kat audience*

Pasal ramai kawan2 kita dalam tu, belum lagi sedara mara, cikgu2, pensyarah2 serta orang2 yang tahu  luar dan dalam kita.

Kalau aku, aku tak tergamak nak declared diri sendiri sebagai pejuang agama sedangkan aku sendiri tahu solat aku masih terkontang-kanting. Subuh pun masih kawan2 tolong kejutkan, apalagi nak bangun sendiri berjemaah kat masjid. Perjuangan diri sendiri pun masih ke laut… Ada kes one of my friends, solat Jumaat pun liat nak bangun tido, kemudian dengan bangganya state kat fb, “Aku bukan pejuang bangsa tapi aku adalah seorang pejuang agama..” Really, bro? Duhhh..



Pada aku, title pejuang agama adalah terlalulalulalu besar dan orang lain yang akan nilai sama ada kita ni adalah seorang pejuang ataupun tidak. Bukan atas penilaian diri sendiri.*wah…aku dah semakin cekap menaip* Doesn’t mean ang selalu pegi ceramah agama, ang dah dapat title tu, walhal kat rumah sewa still tengok citer blue..huhuhuhu *contoh, ok*


*sat, nak play lagu Bigbang..*

Tak semestinya kita selalu post kat dinding fb mengenai hal2 akhirat, pasal hal ehwal saudara kita kat Palestin, kita boleh sesuka hati menggunakan gelaran pejuang agama. Adooooiiiiii..tolongla.. Orang lain, bermati-matian menegakkan agama Islam, kita sewenang-wenang pakai gelaran tu.

Bila masuk bab agama yang ditambah unsur2 politik, aku sangat2 tak berminat nak masuk campur. Annoying, ok. Aku masih amik tau hal2 politik since aku dah boleh mengundi, tapi bukan untuk berdebat dengan orang lain. Cukup sekali aku mengada-ngada komen post kawan aku kat fb yang berunsurkan agama tapi tuptup keluar cerita tunjuk punggung kat rumah Ambiga, pencacai Umno, hukum hudud and the list goes on. Tajuk asal berkenaan agama tu terus lenyap.

Kenapa bila bercakap pasal agama, parti2 tertentu mesti dilibatkan?? Kenapa? Kenapa? *mula emosi*

Bila aku cakap aku tak nak masuk campur apa lagi berdebat hal2 politik, isu hukum-hakam Islam since aku tak cukup ilmu dalam hal tu, mulala dia sibuk nak mengajar. Tag aku macam2. Padahal, kelayakan ang pun sekadar menerusi pembacaan. Aku memang tak nak komen pasal politik sebab nanti boleh membawa kepada fitnah. Fitnah yang keluar dari mulut aku sendiri. Bila masuk hal2 macam ni, aku cuba bersikap neutral demi menjaga hati kawan dan dengan harapan dia pun buat benda yang sama. Tapi, bila dah selalu tag aku dengan perkara2 yang hanya sebelahkan satu pihak, menunjukkan semua kesalahan dan kekejian satu pihak, perkara tu dah jadi menjengkelkan. Perkara yang betul pada mata kita, tak semestinya betul pada mata dan hati orang lain…

aku rimas bila disumbat secara paksa semua benda nih..

Paling aku superfedap, bila dia post seolah-olah mengutuk orang, mungkin kerana dia merasakan pejuangan dia sekarang di jalan yang superlurus ke arah kebaikan.. Perlu ke kerana dua, tiga orang budah sekolah jadi gro, ang tuduh satu sekolah gro dan seolah-olah takdak sorang pun yang baik dan beriman??*kiasan semata*

DAN kadang2 aku rasa macam nak remove dia daripada friend list sebab post2 dia yang superannoying. Tapi aku tak buat, demi menjaga hati kawan dan tindakan tu sangat tak professional.. huhuhu. .
  
Apapun, aku nak mintak maaf kalo entri ni dah merobek-robek hati sesapa yang terbaca.. Sekadar pendapat dan luahan emosi yang tak terbendung..*Kopipes, cukup SPM tak ayat aku?? huhu*

Ok, tu je..

Tq for reading.

Adios!


7 comments:

leakedknowledge said...

sebelum aku mengulas dengan lebih panjang, aku tertarik dengan beberapa perkataan daripada anda iaitu 'hyung','maria ogawa','cite blue' dan'big bang'...fuhh letih ak mnaip BM skima. yg maria ogawa tu sengaja d'typo kn oleh ko..hahahaha

tu la pasal.aku agree dgn pandangan ko. diri sendiri xterjaga, ada hati nk jd pjuang. ak rasa mereka ni golongan syok sendiri dan dkaburi dgn perasaan sndr yg merasakan diri mereka dh mmenuhi tuntutan dakwah.

yg bab politik campur aduk dgn agama tu, tu ak no komen..smue dh kotor.masing2 ada agenda peribadi n tersendiri. tp ak still berpegang, slagi mana org melayu berkuasa, slagi tu islam boleh bebas tanpa sekatan. nk citer sal politik ni mmg xabes.penuh putar belit.

apa2pon, konklusinya aku kne sambung tgk game spain vs cristiano ranaldo nih..hahahaahah.tu konklusi die..haha :P

blog-tips-kurus said...

atas tiket kebebasan bersuara/menaip yek... ;)

~~oOpEt~~ said...

err.. pet xsuka politik :D samapai skrg xmo dftar mengundi wlaupn tu satu taggungjwb.. rimas :D

Ety said...

agree.

ni laa masalahnya bila mereka2 yang berkenaan, terlalu obses, as in ultra Islam, ultra politik. Kita ni kalau nak buat baik, tak payah canang. Kalau nak berdakwah, cermin diri dulu. Yg penting, semua tu kena lah bersederhana.

Aku ada sorang member ni, kalau dia pop up kat News Feed, semua post pun nak pasal politik issue dia. Umur dia tak melayakkan dia mengundi lagi, tapi manifesto dia mengalahkan yang join PRU.

malas lah nak komen panjang2. aku faham weh, apa yg kau rasa, sbb aku pun kekadang cenggini.

p/s : aku sedar diri. ilmu agama tak mantap macam org, solat aku pun tunggang langgang lagi, sbb tu aku prefer diam je. tak berani nak cakap apa2.

nice entry bro :)

miss aina said...

1 . as SPM vitim sekarang , ayat hg memang gempak lah , A double plus tuh .

2 . scene hg memang sama macam aku , tapi aku bukan ditag , tapi halwa telinga aku always dijamah benda-2 ni and tak berani nak berkata-2 sebab aku masih naif pasei-2 politik ni since aku masih bawah umoq , huuhu 5stars for this entry :D

Amirul Verdasco Nadzri said...

@kopi: setuju dengan perenggan ke2 dan ke3 ang.. perhh, ada skema jawapan. haha..maria ogawa pun ang tau. memang sah femes dia nih..huhu

@blog-tips-kurus: aah..tapi selagi boleh aku takmau provok mana2 pihak..

@oopet: mengundi tu terserah kat individu. takdak sapa paksa..haha aku daftar bagi melunaskan hak aku sebagai rakyat jelata..huhuhu rimas?yes, bila selalu disogok dengan isu2 politik ni.

@Ety: aku setuju ngan p/s ang. jugak perenggan2 lain. tq ety..

@Aina: 1. perhh A double plus..markah terbaik aku sepanjang jd student..huhu

2.kan? selalu kena macam nih.. ang bawah umoq..patut pun senyap2 je..haha tq, aina...

Qween: said...

sukenye,nengok kau punye doodle..^^