Wednesday, July 25, 2012

Aku & "Sabar Jela"


Assalamualaikum..
.......

Sebagai sahabat, kita selalu kena beralah dengan sahabat yang lain demi menjaga hati mereka walaupun hakikatnya kita yang makan hati. Terlalu banyak perangai manusia yang bercanggah dengan prinsip hidup kita. Nak tegur, takut putus kawan sampai bermasam muka. Bila kita tak tegur pulak, makin menjadi-jadi perangai. Then, how? Ayat feveret yang selalu sangat orang cakap, “Sabar jela.” Memang la sabar bila tak kena kat batang hidung sendiri, ye tak?

 Yes, SABAR is the best solution bila keadaan di luar kawalan kita.

“Tapi, sampai bila nak sabar??” (jawapan feveret mangsa keadaan)

Sampai dorang sedar yang kita ni dah lama memendam rasa yakni bengang, marah, sedih etc, ke sampai kita dah ‘meletup’? Aku pun tak tau.


Pengalaman duduk kat hostel, kolej kediaman dan jugak rumah sewa banyak membentuk aku menjadi seorang yang suka memerhati keadaan sekeliling. Aku jarang menyuarakan isi hati aku. *Isi hati bai, ko mampu guna perkataan tu? Hahahaha…* Pasal bila aku bengang, otometikli perasaan tu akan terzahir kat muka aku yang fotogenik nih. Berikut antara hasil pemerhatian dan kajian aku. Huhuhu…

Kes 1 (Rumah sewa)

Nama: Mr Blueberry

Balik-balik muka aku yang bersihkan toilet, sedangkan yang guna toilet tu bukan aku sorang. Sinki tu dah sampai berkulat, dorang boleh je buat bodoh. Takde usaha langsung nak bersihkan. Lantai bilik air, tak yah cakap. Berlumut tu konpem. Mangkuk tandas?? Sedangkan sinki pun dorang tak usik, inikan pulak mende alah tu. Kadang-kadang aku rasa malu sangat bila kawan-kawan kelas aku datang, nak tumpang guna toilet, toilet plak cam hazab. Aku nak tegur, tapi aku takde kekuatan, semua sebab yang aku tegur tu, roommates’ aku. Buatnya dorang sentap, terus dorang pulaukan aku. Sedangkan yg sepatutnya marah tu aku. Nak tak nak, aku jugak jadi pak cik cleaner. Mampu ke aku bersabar??? Mampu ke aku?? Mampu?? (sorry, emo plak)



Kes 2 (Kolej kediaman)

Nama: Cik Sharifah Sufiah Sofia Sephia Safiya bt Syed Hakim Hakimi

Saya selalu solat dan mengaji dalam bilik. Tapi, masalahnya, kawan-kawan saya selalu bersembang dengan volume yang kuat seolah-olah tak nampak yg saya tengah solat. Bila saya tengah mengaji, dorang boleh plak gelak kuat-kuat sebab anime yg dorang tengah tengok kelakar tak hengat. Macam  tak dengar je saya tengah mengaji. 


Saya nak tegur, tapi tu semua kan atas kesedaran sendiri. Takkan dorang tak tau, kita kena menghomati orang tengah solat/mengaji atau lain2 ibadah. Sedangkan non-Muslim pun boleh menghormati Muslim yang lain, inikan pulak sesama Muslim. Bila time Subuh, kalau dorang bangun solat dulu dorang tak pernah kejut saya walaupun kami sebilik. Dah banyak kali saya buat survey. Lagi satu, kalau saya nak tegur, saya takut dorang cakap “Macamla ko tu bagus sangat!” Walaupun dorang tak cakap depan2, maybe dorang cakap dalam hati. Adakah tindakan saya berdiam diri ini dianggap sebagai sabar, atau memendam rasa?

Kes 3 (Rumah sewa)

Nama: Encik Gitar (takde nama lain ke bro?)

Gua ni kira budak skema tapi takder r skema mana. Cuma gua ni set2 budak study. Masalahnya, member gua dua tiga ekor nih, macam tak paham yang gua tengah study. Dorang boleh pulak pasang lagu kuat2 macam nak kasi pecah speaker laptop tuh (kalo pecah bagus jugak). Macam dorang je ada laptop. Lagu plak, type yang tak masuk ngan telinga gua. Gua mane layan lagu lama-lama time 90’an, 80’an,  jiwang karat. Bernanah je. Gua tak layan r. Lain r kalo main lagu Korea. Tu baru gua layan.



Tu baru dua tiga contoh dalam kategori persekitaran tempat tinggal. Belum lagi kat kelas, tempat kerja. Macam2 lagi la. Pening dol!

Bila aku berdepan dengan situasi-situasi di atas, yang aku perasan, aku pendam je. Kira cam bersabar la. Huhuhuhu... Pastu mengomel sorang-sorang sama ada dalam hati atau pun dengan dinding. Kalo yang jenis peduli hati kawan2, dorang akan nampak face expression aku berubah. Aku tak nak tegur sebab aku takut ayat aku nanti menyebabkan kawan-kawan aku terasa. Bila aku berkias, dorang mungkin tak faham. Kalau aku cakap berlapik contohnya, 

“Wei, aku dah settlekan mende alah ni, pasni korang pulak eh?”

Kemungkinan besar dorang takkan buat. Kesudahannya, aku jugak yang buat. Aku memang lemah dalam hal menegur tanpa menyakitkan hati sesiapa.

Kita tak cakap kita bagus, rajin ke hape, tapi bila sampai ke tahap perkara-perkara yg menjadi fitrah manusia, (kebersihan, ibadah, hak privasi) tak di ambil pusing, macam mana tu?

Ok, sabar merupakan salah satu sifat yang perlu terutamanya masa bulan Ramadan ni. Menahan diri daripada melakukan perkara2 yang boleh membatalkan  puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat menurut syarat2 tertentu. Betul tak? Menahan diri daripada makan dan minum, insya-Allah, boleh lagi kita bersabar dengan dugaan tu, tapi macam mana pulak dengan dugaan yang datang dari kawan2 kita? Terutama bila kita tinggal serumah atau sebilik dengan dorang. 


SABAR jela.

“Dan sabar itu lebih cantik….”

Apa pendapat korang?

Ok, tu je..
Terima kasih kerana sudi membaca entri aku..

Adios!

p/s i love you: Selamat Menyambut Bulan Ramadhan walaupun arini dah masuk hari kelima. Lambat betul aku nih..huhu  Oleh kerana itu sebelum apa-apa, aku nak jadi orang pertama yang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.. boleh tak? 

36 comments:

Anonymous said...

itu perkara biasa ~ Allah itu ingin mnguji hamba2Nya, hidup didunia ini penuh cabaran dan dugaan.. yg penting kita taw mcm mana cara nak atasinya... berdoa la pada Allah moga sahabat2 kita ini mngerti akan kebaikan yg sdg kita lakukan..

diya said...

Aku....selalu jadi orang yg membasuh jamban. Dalam hati kadang2 geram je. Tapi kawan, kalau ikut boleh je tegur. Tapi kang masing-masing buat muke sememeh. Tak pun cakap aku berkira pulak. Sabo jela. Dah nasib aku menjadi engineer cuci jamban. HAHAHA. Mujur la kadang2 aku biar je baru dorang cuci, kalau tak?

Nadia Elena said...

hahaha...comel la gambar kartun neh... =D

Ety said...

amboihhhhh vocab hang tak boleh nak hengat lagi ke bro ? tu diaa sekali kau bantai "otometikli" . hihihihihi :D

ohh btw, bagi aku lah. sabar tu kena bertempat. bukan apa, bila kita byk pendam nnti lagi parah. elok juga cari ruang kalau boleh tegur depa nih. aku faham weh apa yg kau rasa. sbb aku pun dulu masa dok hostel, dahsyat juga sampaikan katil depa pun ada yang aku kemaskan, tegangkan bedsheet semua. hihihi.

tapi nak buat acano kan ? nak tgur kang terasa hati. nak perli, lagi lah kang teguris luka bagai. last-last kita juga yang kena sabar. susah la org takde common sense ni

hmm soal basuh toilet tu pulak. mmg aku sebijik macam kau. aku pantang gila kalau nampak hitam2 sikit, busuk sikit, mesti aku basuh, tuang la ajax fabuloso sebotol pun sbb aku rimas.

kesimpulannya, hmmm.. actually takde kesimpulan pun. sbb selalgi kita tak buka mulut, diorang takkan sedar. mungkin kau boleh aturkan jadual. kalau macam kawan lelaki aku waktu dok rumah kat KDU dulu, diorang buat notes kat setiap tempat. kat dapur, kena itu ini. bilik air, itu ini basuh bila dan siapa.

okay. komen panjang tapi takde motif. lol :P

selamat berpuasa jugak wehh :)

psst : hahahaha. atas nasihat kau, lepas ni walaupun aku ni ringan sikit bab-bab kawan dgn perokok ni, tapi nak buat laki, aku mmg tapis tapis la lepas ni. hihihihi :)

Sekian.

Yang benar,
Yg cantik, ayu, jelita, hot meletops, cantik molek, menarik, tertarik, cute, comel dan etc :P

Unknown said...

Keh keh keh saudari ETY yg cantik,ayu,jelita,hot meletops,cantik molek,menarik,tertarik,cute,comel etc... SILA BERI LALUAN RED CARPET BUAT PPP si black widow, kengkanak RIBENA, supermom, hot mama, si senggal, tak bleh blah, ada aku kesah.. KO HADER?? KEH2 (PANJANG GILER TITLE AKU TU KAN??) SEKALI LAGI KO HADER?? MUA HA HA HA. Itu baru pembuka kata lum lagi isi kandungan aku kan...

Firstly aku nak marah si amirul... ko gi mana lama x nampak??? majuk dgn aku ke dengan si ety, tak pun majuk dgn TORRES kot keh3... jan majuk... sebab aku tak de masa nak pujuk ha ha ha (nak lak bulan posa ni kan)... eh dah dua perenggan ni... ok meh aku mulakan...

Situasi malas dikalangan orang lain in (selain dari kita) dah sinonim dah dalam masyarakat majmuk kat malaysia... aku lable kan derang ni sebagai PELAKOH, PEMALAS A.K.A PENGOTOR... SABAR2 GAK... TAPI SAMPAI HANGIN TWISTER AKU.. TAK KIRA KO NAK PUTUSKAN HUBUNGAN KE... PUTUSKAN BEKALAN LETRIK KE, PUTUSKAN PERSAHABATAN KE... AT THE END AKU AKN CAKAP ADA AKU KESAH?? HELLO BERTOLERANSI LA SIKIT... ORG2 CENGGIN HARUS DAN WAJIB DI TEGUR... SEBENARNYA KALAU KITA TIDAK MENEGUR SIKAP MEREKA ITU, MEMANG ITU SALAH KITA, SEBAB APA? SEBAB KITA BAGI MUKA KAT DERANG UTK PIJAK KEPALA KITA, YG MEMANG DAH BANYAK KALI DI HENYAK...

Noona pun dulu pernah merasa duduk asrama kat BUKIT SEKILAU Kuantan, dia mcm apartment, dalam satu aprt ada 4 bilik tiap bilik ada 2 org, kecuali ada satu bilik tu mmg kosong... jadi maybe aku ni sedikit antisosial kot.. (sbb aku tak suka berkongsi dgn org lain, aku cerewet) so dipendekkan citer aku move tu bilik yg takde orag tu... bila aku yg takeover bilik tu apa lagi mcm rumah sendiri la aku bikin kan, kasi hias cantik2, sapu tiap2 hari... cadar katil jan citer la, lambat camner pun tetap aku nak kasi tegang mcm hostel askar...

Jadi kawan aku sorang ni FIDA namanya mmg agak sengal.. org len x berapa nak ngam dgn dia.. tapi aku pedulikan jer.. dia kawan aku ok jer no hal... dia ni mmg suka lepak kat katil aku..sekali dua aku tak kisah, aku selalu sound dia Weh! Fida ko baju2 ko yg dah tak pakai tu jan letak atas katil aku boleh tak?? Mula aku diam kan jer.. byk le barang dia lepak lam bilik aku, dia buat tak pot jer... sampai satu tahap aku dah hilang KEWARASAN DAN KESABARAN aku, ku ambil kain batik di, aku longgok kan sume baju2 kotor dia, sikat, lipstik, dan brg2 dia yg lain... aku bunjut... pas tu dari tingkat 5 balcony apt tu aku campak kan barang2 dia.. (KO MEN2 LA DGN AKU, BUKAN AKU X BAGI WARNING)... SEJAK DARI HARI KEJADIAN TU DIA DAH TAK BERANI BUAT SEPAH KAT DALAM BILIK AKU... HA HA HA AKU KAN GANGSTER KG PISANG...

Masa tu dia tanya aku eh zaimah mana barang2 aku?? aku jawab tu kat bawah he he he kejam tak kejam aku??? KO HADER... org pemalas itu jer pengajaran terbaik buat derang... (sampai hari ni kami masih contact walau pun x selalu hu hu hu... )...

sekian kisah aku dan ke gengsteran diriku ha ha ha >.< (ini kisah benar ek bukan rekaan semata2)...

Farahani Faizal said...

amboehh! sume komen ppanjang mcm buat karangan..haha

JaNnaH said...

azabnyerrrrr dapat jumpa insan seumpama itu.. harap diriku dijauhkan dgn org yg berperagai seumpama itu

putryteya said...

hahah . aku pernah jadi semua babak2 tu .

SABAQ JE LAAH .... :)

Lina said...

hahaha,,yg xpena kena mmg la ckp mcm tu.. "sabar je la"...tp bagaimna pula kalau org tu bukan jenis yg penyabar?? kompom2 b'fight. hahaha.. aq pon pena kena jgk mcm ni,, mmg susa untuk meluahkan, hanya mampu membebel dalam hati dan riak wajah yg berubah.. siap nak tggl kat uma je kalau boleh.. tp apakan daya rumah jauh dr tmpt belajar,hnya bersabar tggl dalam hostel.. gila2.. tp sekarang aq bebas.. hahaha..

Lina said...

gilerr pnajang kak ppp.. hahaha.. ni boleh buat entri ni.. hak2

Amirul Nadzri said...

yup, aku setuju ngan ang. tapi ni salah satu ujian agak mencabar.. sibuk pikir pasal org lain, tapi depa sikit pun tak ingat kat kita..huhuhu haisyy...

Amirul Nadzri said...

memang boleh tegur, tapi ada satu dua spesies yang susah nak paham. tu kira bagus la ko biar, dorang nak cuci. kalo aku biar..hmm, harapan la wei...haha

Amirul Nadzri said...

aku nak panggil ang, nadia ke elena nih? ang biar betik kartun tu comel? haha

Unknown said...

lina: ko hader?? keh keh keh :P

Amirul Nadzri said...

aku pikir, bila dah masuk umo 19, 20 tahun, akal manusia ni akan semakin matang.. T_T so, tak payah nak buat jadual. masing2 tau peranan masing2. nampak kotor, basuh. nampak sepah, kemas. simple basics, huhu..

psssst: lagi bnyk s, boleh? haha... nak kawan, kawan jela ngan depa.. cuma nak buat laki, aku suh ang tapis..haha

yang benar,

sikacak

Amirul Nadzri said...

noona: komen terlampau panjang sampai aku tak mampu nak ulas balik. terus tershadap...haha cuma boleh cakap, noona memang true 'gangster'..haha

lina: aku memang tengah mempertimbangkan utk dibuat entry..haha kopipes saja..haha

Amirul Nadzri said...

haha.. dah nama otai, camtu le jadiknya..haha *suka2akujebuatassumption*

Amirul Nadzri said...

berdoalah semoga dijauhkan.. kalo hati jenis tak tahan, boleh jadik perang ngan member. tapi, aku rasa, nak tak nak, ang akan jumpa jugak ngan spesies2 terancam nih..haha

Unknown said...

ha ha ha tak aci... kopi cat :P

tumpan lalu jap mirul... chatbox tu tak leh nak ngepos buat hal.. tepek kat sini jer ek he he he

tanda2 pompan siyes suka ko http://paripariputih.blogspot.com/2012/07/camenr-ek-bila-pompan-siyes-dalam.html

Amirul Nadzri said...

teya, ang jadik semua tuh? jadi yang menyakitkan hati ke, jadi yang disakitkan hati? haha

hmmm, sabar jela..haha

Unknown said...

ha ha ha nak gelak lak aku membaca kenyataan ko tu amirul.. TAPIS?? PAKAI PENAPIS KOPI KE, PAKAI JALA KEH KEH KEH...

Amirul Nadzri said...

tak boleh cakap apa, aku setuju ngan ang..haha untungla dah bebas.. =D

Ety said...

Eleh. Mirul tunggu org cakap dia yang comel, bukan kartun tu. Aku tahu la kau Mirul. tak yah nak dalih dalih. Hahahahahaha :P

Ety said...

Hahaha. Tapi malangnya tak semua yg cenggitu. Ada tu umur dah meningkat tpi kesedaran dan kematangan bila juga meningkat seiring usia. Sabar je la. *last last kena sabar jugak* "=.=

Hahahahaha. Will do, mmg lepas ni aku tapis :D

Ety said...

Kak PPP, hahaha, penapis KOPI ? boleh minta kat En.Copy Paste ni. Hehehehe :D

Dia menghilang dah lama. Mana pigi ek ?

Ety said...

hahahaha. Kak PPP, part campak bunjut barang dari tingkat tu mmg terbaik ! sbb tak ramai yg boleh buat cenggitu. Haaa, siapa suruh tak reti bahasa sgt kan. hahahahaha. :D

ehh ehh. lupa nak bagi laluan kat akak PPP. *red carpet dibentangkan* CEWAHHHH :D

! Arjunakirana ! said...

Allahhuakhbar, situasi nie sebenarnya sama je macam aku masa duduk study dan time bujang duduk ramai2... Ayat "Mcm bagus sangat" "konon pembersih sangat" "peduli hape" itu la jawapan member2 aku, entah laaa.. aku pun susah nak cakap, mula2 kira bersabar, pagi2 nak pegi kelas aku gerak dia orang, sampai masa aku dah bosan, aku tinggal je dia orang tak bangun2... pada hal dia orang lagi la 'Shellfish" kemana-mana tak ajak aku, seronok2 dia orang aje, Arghhhhh... tension, tapi bila kita balas balik, sikit je pun... Buat muka mcm haram siap boikot aku... pada hal sebelum nie aku tolong cuci tandas, kemas rumah, masak memasak, memotong rumput laman rumah,buat kerja sekolah dia orang just bubuh nama jeee... tak ingat?... ini la kawan aku, so sekarang aku dah bosan aku menyendiri, biar laaaa.. tak ada kawan mcm dia org, kalau dia orang betul2 kawan sejati, dia org akan cari aku balik.. :)

putryteya said...

hahah . tentula yang disakitkan hati . aduhh , sakitnyaaa !

:D

Unknown said...

hahahahaa aku speecless dgn komen ppp :P

Unknown said...

hahahahaa aku speecless dgn komen ety :P

Unknown said...

aku pernah hidup myewa bersama member2...senario ko nie mmg perkara biasa dh..lebih2 lagi klu member ko tu jns yg selambe derkk jer..haha.jns xkisah..ak benda yg ak pantang skli bilik air..nmpak kotor jer mmg ak emo..mbantut mood ak d bilik air..solution klu hidup bersama dgn member2 nie, ko kne ajak duduk berbincang..bhgi tugas masing2..mcm aku, kitaorg buat jadula bersih tandas, jadual memasak, jadual buang sampah. bahagikan tugas masing2..nnt masing2 akan sedar kewajipan mereka..klu diorg xbuat, ko sound jerla..tu kn menda yg die kne buat. kadang2 die segan juga bila asyik2 ko jer yg buat...ko pon kne la slow talk dengan die..tp jgn lak emo dgn dia..nnt trase lak die..ceytt mcm mpuan..kekekke.muka spartan hati kaca, sungguh fragile..haha

kamal lee said...

Aku rase aku dah komen entry hang yang ni. Ke aku yang lupe? Haha.

okayy, btw, aku summarize kan.
Susah nak puas kan hati semua orang. kalau sekali dah puaskan hati orang, nanti diorang pijak kepala pulak. Suruh buat again and again and again. Kan?

So, sabar jela. haha.

Kalau dah hilang sabar, jeritttt jek! hahah.
Tak pon, hang tegur la dengan nada sinis ataupun perli yang menyakitkan hati. haha.

p/s : komen si cik PPP tu da boleh buat entry baru dah. hahaha.

Aing said...

kahkah ppp kumen ko mcm taknak bg space kt aku je..cit! hehe

Unknown said...

sabar selagi sabar..kalau sound lak mau merajuk taknak basuh jamban lagi acane tuh?
hehehehe

Unknown said...

kamal nak buat entri boleh bayor le apa lagi... tak pun tolong cuci toilet aku selama 2 minggu berturut2 ha ha ha

Unknown said...

SaddLone... nawaitu aku memmang le cenggitu... klw dapat satu entry ni bio aku sorang jer yg komen boleh... ha ha ha