Tuesday, June 5, 2012

Aku & "Math" part 3

Assalamualaikum..
.......

Episode: Tango

Ok, ni last kopek siri Aku & "Math". Hahaha.. Aku tak nak buat panjang2 pasal aku bukan Yusuf Haslam yang mampu dan kreatif buat drama Sembilu sampai berpuluh episod. Pastu siap sambung ngan Sembilu Kasih plak.

Ok, first year aku ngan Cikgu Yassin, aku dah buat kes yakni masa darjah 4 Mawar. Masa tu, kelas aku dapat bilik Self Access Learning (SAL) yang berkarpet. Aku ingat lagi. Karpet tu kaler biru. Punyala excited pasal bila cikgu lambat masuk boleh baring2, meniarap, boleh kata macam2 aksi akrobatik la kat atas lantai tanpa mengotorkan baju. Masa darjah 4 gak secara rasmi, aku jadi pengawas. Baju pink tuh! Hahaha..

Gambar darjah 6. Naza empat dari kiri..

Satu lagi style Pengajaran dan Pembelajaran Cikgu Yassin nih, bila kitorang buat kesalahan jalan kira, adalah WAJIB untuk membuat Pembetulan. Masa kitorang berbaris hantar buku untuk beliau sign, beliau akan semak berapa banyak kesalahan. Pastu, tengok kat buku latihan, seimbang tak dengan jumlah pembetulan kitorang buat.

Ada satu hari tu, Cikgu Yassin lambat masuk kelas. Uish, hepi kemain aku. Lantas aku ajak Naza ber'kungfu' kat ruang belakang kelas. Ekceli, tu aktiviti wajib kitorang. Pantang free, kungfu. Masa tu kat TV3 pukul 6 petang selalu ada drama kungfu Cina cam The Heroine of the Yangs.

Annie Man yang sangat cantik *tetiba

Kira dah terpengaruh la ni. Biasala, kanak2 ribena lagi. Memang huru-hara kelas. Pengawas sekolah, ketua darjah, penolong ketua darjah, semua da tak boleh pakai untuk menjaga keamanan. Semua 'menyetan'. Tapi, boleh plak lepas bertarung (siap terbang2 kott..), aku ngan Naza menari tango. Tak pernah lagi acara tari-menari tu ada sebelum2 nih.

"Takpe, cikgu macam tak masuk je.."

Salah ye hipotesis tu. Time aku tengah angkat kaki Naza (da ending menari la ni), Cikgu Yassin tercegat depan pintu kelas. Mata tepat kat posisi kitorang. Satu kelas senyap.
Hmmm..memang masak la aku.

Tapi, tetiba, Cikgu Yassin blah. Biar betik? Seriously, muka cam nak marah. Kawan2 mula salahkan kitorang. Sebab aktiviti kitorang paling bertenaga dan banyak pergerakan. Yang lain buat bising, tapi still duduk kat tempat masing2. Dem! Siap suruh pegi pujuk cikgu lagi. Uiii..memang menempah maut pada pemikiran aku. Dalam 10 minit, Cikgu Yassin masuk. Mengajar cam biasa. Sampaila part kitorang kena hantar buku. Bila turn aku, Cikgu terus pandang muka aku. 

"Awak ni saya tengok, dah banyak main sekarang.." Beliau bersuara.

Aku, "Gulp."

Ok, part ni paling sadis. Tengah dia selak2 buku aku, dia detect tanda2 pangkah tapi TAKDE pembetulan. Aku cuak gila. Tak rotan, memang pelempang singgah kat belakang badan.

"Mana pembetulan? Hei, awak ni. Pembetulan tak buat. Banyak main. Saya rasa, zaman baik saya dengan awak dah tamat..."

Perghhh!!! Ayat tu memang menusuk tepat kat jantung. Rasa macam petir sabung-menyabung. Rasa nak nangis kat situ jugak. Sedih gila aku. Cikgu dah tak sayang aku. Huhuhuhuhu...

Cikgu paling garang kat dunia dah tak sayang aku

Lepas habis Math, aku berlari pergi tandas. Aku nangis dalam tu. Memang drama. Aku ingat sampai sekarang ayat dia, "Saya rasa zaman baik saya dengan awak dah tamat.."

Aku rasa tu peristiwa paling buruk aku belajar Math dengan Cikgu Yassin. Tapi, esoknya, semua kembali normal. Cikgu takde pun tanda2 macam zaman baik dia ngan aku dah tamat dan aku takde la frust menonggeng sampai mogok tak buat homework. Tapi, dalam otak aku dah set, aku dah jadi budak wanted. So, jangan cari pasal dengan beliau. Dan aktivit berkungfu?? Hehe..Mana boleh stop. Siap rekrut budak lain lagi. Hahaha.. Cuma  kitorang tak berkungfu kalo subjek selepas tu Math.

Tu je citer aku. Pengalaman belajar Math sekolah rendah. Walaupun masa tu, Cikgu Yassin bagi banyak gila latihan, siap dapat penangan kalo tak siap, aku tak pernah benci dia. Aku benci latihan tu. Hahaha.. Latihan tu pada aku dah mencekik masa aku bermain petang2. Kadang2 aku buat Math sebab terpaksa, bukan sebab nak belajar. Mula2 terpaksa. Lama2 rela r. Hasilnya, bila UPSR, ramai yang dapat Math 'A' . Yang dapat 4A plak, kalo tak B.Inggeris, mesti Sains yang B.

Ni latest pic Cikgu Yassin. Aku amik kat fb anak dia, Ilyani. Tq Yani.

Bila aku tengok adik-adik aku malas buat homework, aku citer la pengalaman aku yang satu nih kat dorang. Nak motivate sikit sebab dorang tak rasa pengalaman belajar Math macam aku. Cikgu dorang sempoi, lemah lembut, homework kasi tak banyak. Apapun, aku bersyukur dapat cikgu yang sikit punya garang macam Cikgu Yassin. Aku sayang dia walaupun pelempang penah hinggap kat badan. Kadang2 rindu gak. Haha.. Dah dekat 10 tahun aku tak jumpa dia secara live. Aku doakan dia sihat walafiat.  Boleh terus mengajar dan mendidik anak bangsa.

"Saya sayang Cikgu Yassin!" *lari menyorok bawah toto.

Adios!

kalo korang nak try tengok opening theme citer kungfu tuh, klik sini ok.
credit pic: Heroine of the Yangs










11 comments:

Anonymous said...

math adalah matapelajaran yang peling best!!#fakta okay..hahaha..

pet said...

math mcm penyakit berantai woo.. klau soalan 1 dh salah, hbis semua effect XD

Amirul Nadzri said...

miss eiyma: betul2x..prospek A time exam..hahaha..just masa SPM addmath dapat C..huhu

oopet: aah..nak2 calculus. bikin panas je..hahaha

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

miru:owh kirenye fath lagi hebat la add math nie..haha

ღ♥ H I D A H A J I R A ♥ღ said...

gambr 1st tu ada arwah kamil...teringat cikgu khairil penah puji arwah pakai baju kemas, kesan iron xhilang walau dah tghri...al-fatihah...

p/s: rasa cm egt mse korang kantoi berkunfu dlm kelas tu..tp xbape jelas..haha...

Tinta Maya said...

comel jer zaman kecik-2 . tapi laka-2 la kat part yang 'Saya sayang cikgu Yassin' *lari menyorok bawah toto. apeedaa,but nice entry utk part 3 :D

Amirul Nadzri said...

fath: yela kot. ko dapat A eh? tahniah2x *tone jeles. tp aku mmmg bodo addmath..hahaha

hajira: yep, alfatihah utk arwah..aku ingat gak yang cikgu
khairil puji tu.. apapun, biskut cicah kopi cikgu khairil masa kelas tambahan malam mmg best! haha

miss aina: tq aina. btw, laka-2 tu pe?

Anonymous said...

marul.:bukan A la...but,B je..sedih giler..

Tinta Maya said...

laka-2 tu . kelakar la . ikut ayat johan rl , ngehehehe .sory :)

blog-tips-kurus said...

naifnya wajah suci kanak-kanak itu.. :)