Sunday, June 17, 2012

Aku & "Memori Matrik"

Assalamualaikum..
.......

Patut post entry ni semalam..tapi tetiba cik adik online. So terchatting sampai pukul 4 pagi. Takpe, ini bukan assignment. Sedangkan assignment pun aku suka2 hati postpone, inikan pulak entry blog. *sila jangan contohi

Hari Jumaat petang, aku tertengok cerita Kekasihku Seru, diulang tayang pasal TV3 dah start tayang sekuel dia, yakni Waris. *aku takde niat nak promote*




Mana tau, penonton-penonton tegar dah terlupa jalan cerita, kan? Hah, sebut pasal Kekasihku Seru, aku sebenarnya teringat zaman aku kat matrik pasal citer ni jadi macam fenomena...huhuhu

Aku pun tak paham dengan situasi ni. Padahal drama seram biasa je. BIASA. Bila hari Khamis, pukul 9.30 malam, yang tengah study kat bilik atau kat bilik bacaan, sanggup tinggal buku.*Aku letu.*  Budak-budak yang solat kat masjid pulak, bergegas balik. Students semua duk pakat masuk bilik tv tunggu drama nih. Budak blok A1 pun kadang-kadang join sama. Maka, penuhla bilik tv dengan pelajar-pelajar yang berwajah excited. Kira, full house la.. Kalo buat kutipan tiket, aku bajet musti box-office. Cam siot je. Yang datang awal, akan dapat seat VIP iaitu sofa..huhu

Masa nak start citer, semua perlu senyap(jaga volume suara masing2), mengawal tingkah laku supaya tak mengganggu konsentrasi menonton.*masa kuliah pun tak seconcentrate tengok cerita ni* Kecuali part2 seram, sadis, adegan terbakar, terkejut, itu dibenarkan malahan digalakkan. Takkan tengok citer seram, semua pakat senyap, kan?  Tapi, kalau sorang je yang terkejut maka akan jadi bahan cercaan kawan2.


So, students yang tengah study kat bilik tv, terpaksa berambus pegi bilik bacaan pasal lampu semua akan ditutup.*nak tambah keseraman la kononnya.* Kadang-kadang pintu bilik tv tu akan disendal dengan penyapu supaya orang luar tak boleh masuk bila citer dah mula. Punyala taksub.

Seronok tengok tv ramai2 ni. Macam2 perangai. Yang jenis semak, suka keluar masuk bilik. Yang suka alih channel tanpa kebenaran. Lalu lalang depan tv. Paling banyak, kaki komen. Kemain mengomen itu ini.

1. "Bodohla Marisa, penakut sangat. Ko lempang jela hantu nenek tu.." Tapi masa Marisa jumpa nenek tu, dia punya 'Aahhh' paling kuat. Bengong.

2. "Wan tu patut belasah pempuan gila tu. Mulut cam lahanat... Badan je besar" 

3. "Cun wey body Marisa. Macam budak kelas aku. Mas Suri, muka tua, beruban, tapi body bergetah.. " Ni aku no komen..haha

4. "Shit r, terkejut aku..sial.." Seram sangat salah, tak seram kena keji.

Tapi, bila dah berkumpul ramai2, dalam gelap lagi, kadang2 mesti ada situasi genting yang unexpected. Contohnya,


huhuhuhu....

Masa ni, yang melepas tu, takde makna nak kecik2 hati. Biadap ye perangai. Telan saja sumpahan dan kejian orang..Haha..  Rindu plak acara tengok tv mingguan berjemaah nih. Selalunya, malam Jumaat, orang yang hilang tiba2 kat bilik atau cafe akan dijumpai kat bilik tv. Member depan bilik aku, siap detect malam jumaat, mesti aku kat bilik tv. Pastu dia pun terpengaruh sekali. 

Hah, pasal Waris, aku tak tengok pun first episode baru ni. Tido pasal nak kumpul energy tengok bola. Sib baik Spain menang. Tapi, feveret aku tetap Germany. Huhu... 

Ok, tu je.

Adios!



12 comments:

Tinta Maya said...

amboi ligat gila tengok citer tu , aku tak suke tengok sebeb malam nanti takot mengigau atau termimpi-2 cam 'dy' ada sebelah aku . haha :P

Unknown said...

err tv3 still ada cerita mnarik ker? kekeke nmpak sgt kt hostel tu xdak benda nk dbuat untk hilangkan bosan slain lepak tgk tv..aih, ko pon jns tipikal org melayu yg minat cite SERAM melayu ker?isk2..hahaa.apa2pon waktu bersama lepak dgn member tu mmg ternilai harganya..bila ko tua nnt, smue tu jd kenangan manis kot:)

diya said...

Aku tak tahan baca yg first tu "cik adik on9". Ambo yoiiii senyap2 ha! HAHA. Aku suke weh cerita kekasihku seru, dia seram tp tak mengejutkan jantung aku tetiba. Kan cite hantu lain biasenye main 'cakcak' ngn org, smpi sakit jantung aku. Terutamanya pocong. Rase nak lempangggggg je dlm ketakutan.

Amirul Nadzri said...

miss aina: camtu pulak.. aku bayangkan heroin dia sebelah aku..haha

leakedknowledge: ntah r.. macam takde je yg menarik selepas Nur Kasih. bro, ni cerita seram last aku follow.. citer lain seriously hampeh.. betul r..lepak ngan member memang best..precious moment..

diya: hahaha..no komen bab itu. tu la, compare ngan citer lain, ni antara yg best.. sesuai ngan jiwa..haha

♥ Nana BamBam ♥ said...

saya x pernah miss citer kekasihku seru...skg kesinambungannya 'waris'...compom x kan lepaskan peluang tengok...

MisS BubBLe said...

eeerrr, cam sama je habit waktu kat matrik sume kumpul bilik tv sbb tgk slot seram ni. Lupe la citer ni tahun brape dh ye?

Husnalyas said...

tetibe t'ingat time duduk kat asrama dulu.
pastu ble nak tido je mule la tkot. -.-

pet said...

amboi.. jap nk tanya, best ke waris? haha

blog-tips-kurus said...

kah! kah!
hidup orang Pahang!! lawo katon tu. boleh komersilkan.. :-)

Amirul Nadzri said...

Nana BamBam: aku pun tak penah miss.. just waris je, 1st episode lg dah miss.. haha..

buih-buih cinta: tak ingat r..rasa citer tu 2008.. da 4 thn la kot..

husnalyas: kui3x..pempuan mmg camtu.. kitorang tak takut pun.. tapi katil susun rapat2..haha

oopet: taktaw la pet.. aku tak tengok 1st episode tu

blog-tips--kurus: yep, hidup org PAHANG..!!over tak siap capital letter lg..? haha.. lawo mendenye katon tu.. tapi, time kasih la yak..

Lina said...

hahaha cam siot je .seronok2 tgk tbe2 ade yg kentut.. tp tu kenangan paling indah.. n cita ni baru aq tgk haha best la..

ஜ miss klanika ஜ said...

lagi skali jumpa budak matrik kt blog . gang ! neway tak lyn antu malaysia gilos mende nie.