Tuesday, June 12, 2012

Aku & "Ohsem Future Doctor"

Assalamualaikum
......

Aku minat sangat nak jadi doktor. Pasal boleh main ngan jarum, ubat2, darah.. Boleh main tikam2 patient ngan jarum tu. Kerat2 ke time surgery..haha. So, demi memenuhi bayangan aku, aku tolak buat degree lepas abis matrik. Aku buat Diploma Sains, dengan harapan, aku boleh kejar cita2 aku. Semester 1 habis, alhamdulillah, result memberansangkan. Semakin berkobar-kobar semangat aku.

  Pic sem 1 (abaikan dua baris terakhir dalam gambar tu)
*mode: final exam mood: tak sabar nak balik kampung

Aku target habis diploma, kalo result gempak, aku nak pegi Ireland pasal orang kata medic kat sana bagus. Aku tak sure la pulak. Yang aku tau, medic! huhu. Ok, sem 2, aku tukar kelas. Masa ni, aku jumpa ehem ehem. Kitorang ada cita-cita yang sama. So, selalu la contact2, lebih2 lagi pasal Calculus. Aku memang excited bab Calculus ni. Tapi, *tone:sedih , kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Physics penghalang cita-cita aku. Subjek Electrics pemusnah segala-galanya..*guruh berdentum,hujan pun turun renyai2. Kerana Electrics, pointer aku jatuh, sama la jugak pointer si dia kalo tak silap aku.. Tapi, baru sem 2. Ada 4 sem lagi untuk bangkit..Yiehaa..*feeling samurai menunggang kuda

Sem 3, kitorang terpisah. Sebab si dia amik Biology, aku pulak amik Physics pasal aku bengang tak boleh score masa sem 2. Walaupun penah satu masa, aku penah nekad nak amik Bio. Masa tu, lost contact. Takde story nak kongsi, tak masalah study yang boleh diselesaikan sama2. *padahal ada je.. Kelas pun dah lain2Kalo jumpa pun senyum2 je, say "Hi.." something like that..*uu, terspeaking London plak..

Berterusan sehingga sem 5, si dia terus cemerlang. Aku pulak terumbang-ambing, bergelut dengan Physics. Baru jantan..haha. Pointer tak menentu, cita2 semakin kabur.. Sem 6, kitorang berjumpa balik walaupun tak penah terpisah..hahaha.. Pegi dinner, keluar main bowling..hangout sama2. Wei, kitorang keluar berempat, bukan berdua. Result final exam, si dia excellent. Congrats! Pointer cukup untuk apply medic. Dan aku, well aku da bagitau kat entry lepas. So-so. Cuma Physics, aku dah jinakkan. Daripada C+, aku penah dapat A untuk semester2 seterusnya.

Sekarang, si dia tengah struggle study untuk peperiksaan kelayakan kursus perubatan ke Indonesia. Mungkin masa entry ni siap, si dia dah pun selesai exam.  

So, untuk buah ati saya sorang nih, study elok2 ok, untuk interview, exam tu dan jugak masa kat sana.  Bila dah dapat pegi sana, jangan lupa orang kat sini.. Err, maksudnya, mak, ayah, adik2.. kawan2 dan ehemehem..Huhuhu.. Make ur parents proud of you. Mungkin takde rezeki, kita nak study sama2. Mungkin la. Mana la tau, masa ekau da sem 3, den datang sebagai junior. Huhu.. Nak jadi doktor, kena la stress sikit. Tapi, ekau ni bijak orang eh. Takdo hal lah. Den doakan ekau berjayo. *Boleh plak aku cakap Negori, padahal, dio ore Kelate. Study smart ok, doa banyak2. Lepas nih, takde da DR.AMIRUL. Yang ada, insya-Allah, DR.HAFIZA. *Huhuhu..sedihnya hatiku ini.


Good luck, doc!
Ok, tu je

Adios..*wuwuwu...


update: Cik Hafiza di terima masuk ke ITB dalam jurusan Pharmacy...Congrats!*wuwuwu, beliau ke Bandung la nampaknya... 

7 comments:

Tinta Maya said...

comel jer :D

KA! said...

rakno gu kito stress? rilex ar gu biasa dah lumrah idup nie kalu nak sene keno lah susoh skit. Gu jge molek ore tino 2 loni payoh nak cari ore hok buleh masok palo kito hahahaa....
rilex gu (pantai timur lgue)

pet said...

sgt comel :D

Husnalyas said...

well~ haha. ade jgk org ckp muke aku mcm nurul khusna gads mlayu tu. ade jgk org ckp muke aku mcm nurul izzah anak anwar tu. haha. agk bgge jgk muke ni byk iras. :D

boleh pulok ade hujan renyai2 kt entri ko ni ye? haha
sweet2^^

Amirul Nadzri said...

miss aina: tq..tp sape yg comel? entry ke orgnye?? *kui3x

Klik Aje!: sib baik aku phm..kemain pekat loghat kelate..haha. ok, bro, aku ingat..

oopet: tq..tp sape yg comel? entry ke orgnye?? *kui3x (recycle soalan atas)

Husnalyas: hujan2 baru dramatik, na..huhu untung la dia muka femes..haha btw,org ckp aku mcm lee minho masa rambut aku panjang..haha nak jugak..

imaninazainuddin said...

adess ! tak lama nanti ada la tu gelaran DR AMIRUL :D
btw , ceceyyyy swettsugarsour sungguh gf

Farahani Faizal said...

amboihh...so sweet..!!hhehe