Wednesday, June 20, 2012

Aku & "Pak Aku, Pak Aku Jua"

Assalamualaikum..
.......

Aku tak merokok.*tetibe stetmen.* Walaupun pak aku seorang perokok. Bape kotak sehari aku taktau la plak. Takut lain yang ditanya, lain pulak jawapannya. Kalo jawab dengan mulut, OK la. Kalo dijawab dengan tangan? Merasala KO. Huhu.. Aku sentiasa berpendapat lelaki yang merokok itu cool dan nampak macho. Ditambah dengan jaket kulit hitam dan spek itam.. Fuhh.. Macam Remy Ishak.. Masa aku berusia 7, 8 tahun, aku dah start berangan nak jadi perokok macam pak.

Siap investigate, "Pak start merokok umur berapa??"

"15.." Jawab pak dengan selamba sambil menyalakan sebatang lagi rokok.

"Ooo..lagi 7 tahun," getus hati aku. Aku pun punya taksub pi sedut asap2 yang dihembus, dan dengan eksyen, menghembus balik. Cooooool..


Masa aku kecik jugak, aku selalu beranggapan yang pak aku adalah manusia paling bijak dalam Math. Kui3x..Setanding Cikgu Yassin, bai. Semua masalah Math aku tanya kat pak, pasal aku begitu bebal masa tu. Dan pak akan dapat jawab dengan mudah. Tapi untuk beliau memberikan jawapan direct adalah sesuatu yang impossible. Pak akan explain perabih, pastu suruh aku buat. Baru dia bagi jawapan.



Aku perati pak. Dia jugak seorang yang kedekut.*pendapat aku masa sekolah rendah.* Susah betul untuk pak keluarkan beberapa ringgit untuk membeli permainan ntahapaapantah laksana Tora, DingDang, askar hijau kecik2 tu, pedang samurai plastik serta permainan seangkatan dengannya. Tu baru yang beberapa ringgit. Kawan2 aku masa tu dah start main Cyberpet, Digimon, Gameboy dan ntah apa lagi yang aku tak mungkin mintak kat pak pasal harga dah cecah puluh2, ratus2 gitu..  Mainan2 dalam kotak macam sampah je..sob3x.. Lagi satu, kalo aku mintak, contoh mainan yang advanced sikit cam robot ke, pak mesti akan melibatkan unsur2 pencapaian dalam peperiksaan. Stress aku, tau tak? So, tak nak stress, lupakan je robot semua. Maka, exam lah aku dengan tenang. T_T





Cuma masa aku form 5, permintaan aku dikabulkan tanpa sebarang bantahan. Mungkin sebab hujah aku yang sungguh bernas dan cukup berfakta. Aku mintak motor. Uuuuu....
Hujah: Aku boleh bawak adik aku yang form 2 masa tu pegi sekolah sekali. Jimat duit, takpayah naik bas. Fakta:
aku malas nak padam error tu..redha jela ok..?

Minyak motor full tank dalam RM5.00. Boleh tahan seminggu. Jugak jimat masa pasal tunggu bas balik sekolah boleh memakan masa 1 jam. Alangkah baiknya 1jam tu aku guna untuk study..LOL.. Jimat tak jimat??? So, permohonan approved!


Dalam family aku jugak, pak aku adalah seorang yang sangat susah nak ketawa disebabkan drama2 komedi macam Senario, Mr.Bean dan apa jugak drama seangkatan dengannya. Apatah lagi drama Pepaya. Tu aku pun tak gelak. Bila family aku macam nak bergegar atap rumah ketawa, pak aku still rilek. Langsung tak terjejas emosi beliau..huhuhu.. Tapi, bila kami semua tak gelak, tetiba pak buleh pulak tersengih tengok drama tu. Mungkin disebabkan latihan sewaktu komando, pak aku jadi seperti emotionless dalam hal bergelak ketawa ni...hehe




Sebut pasal latihan komando, aku selalu belek2 album dulu2 pak. Fulamak, kemain hensem. Macam aktor Hongkong..huhu. Macammana buleh jadi macam aktor Hongkong? Tu susurgalur atuk belah pak. Aku pantas mendapatkan sebuah cermin bersaiz XXL, membelek muka aku. Orang kata, jap, kebanyakkan orang kata muka aku sebijik muka pak.. Ada chance macam Aaron Kwok nih barangkali..*tone superexcited* Tapi tak..gen2 kecinaan langsung tak kelihatan..sob3x. Takpe, bersyukur dengan apa Allah kurniakan...tu lebih penting.

Tu sedikit sebanyak pasal pak (ayah) aku. Orang yang terpenting dalam hidup aku, selain mak dan adik2. Berbanding dengan adik2, aku kurang rapat dengan pak mungkin sebab masa aku kecik, pak masih lagi dalam Navi. So, selalu kena tinggal, duduk ngan mak. Pasal aku selalu tengok perangai orang, aku cuba mencontohi semua yang pak buat. Yang baik2 jela. Pasal merokok aku tak ikut walaupun pernah berazam..haha..

Kena ingat, seburuk mana pun ayah kita, sejahat mana pun depa, ayah tetap ayah. Walaupun level 'hormat' tu kurang sikit je daripada mak, tapi hormat tetap hormat. Sayang tetap sayang, bai. Ayah jarang menangis. Kalo menangis pun, kita tak tahu bila. So, aku nak ucapkan "Selamat Hari Bapa" to my one and only father, En. Nadzri bin Amir. You're the best, pak! *Sori la pak, orang lambat wish..*

"My pak, my hero" 
*betapa fitnya pak aku compare dengan kekedingan aku..huhu*

Ok, tu je,

Adios!





 




13 comments:

diya said...

Kau baru terlepas dri dalam gua ehhhh dah berzaman hari bapa. HAHA

Leeya Lee said...

syok nya org der pak..hehe

Unknown said...

hahaha seronok ak bca n3 ko nih teringat ak kecik2 dlu...abah aku time skool rendah dlu mmg strict glr dgn akademik, klu xdapt no <5 dlm kelas mmg xketaq2 ak nk wi buku rekod utk beliau sain..aish, tp skrg kurg ckit strictnya dgn adik2 ak..huhuuh

hahahha lol askar hjau tu...ak pon ada gk men benda alah tu dlu..lol nolstagik doh..mainan2 nih kurg ak bli ak byk bli komik yg lam plastik itam tu rege 30posen..kehkeh byk jgk kumpul last2 mak aku bakar..kahkahkah

bgus math ko ttg moto tu..logik2 tu blom ko darabkan dgn setahun mau2 sma harga dgn harga motor sbijijk...

kekeeke.ak enjoiss bc n3 ko


http://encikcopypaste.blogspot.com/2012/06/cute-penanda-buku-yang-berilmu.html

pet said...

amboi muka bapak nh.. anak kesayangan bapak la nh :D like father like son :D

shuhadaothman said...

slmt hari bapak pakcik. haha :D

sempoi kartun tu :D

Amirul Nadzri said...

@diya: haha..sentap mak! huhu.. takde weh, melukis punya pasal..aku tak pro cam ang.. sekelip mata siap..

@Leeyana Amzar: nape cakap camtu?? ni just expression aku..kalo rasa syok, alhamdulillah..at least buleh buat orang hepi..*hepiketidak??*

@kopi: haha..tq bro. masa aku sekolah, aku asik dapat no 2, no 3, tu pak aku target no 1 pulak..huhu.. kalo ngan adik2, mesti kurang strict. kurang kepahaman aku pasal situasi tu..

komik, aku pulak kurang beli pasal aku ni penyepah..dah skolah menengah, baru kumpul ujang.. sadis bro, mak ko bakar komik.. kalo aku, mesti dah nangis..haha

@oopet: takde la kesayangan. adik lelaki aku tu yang kesayangan beliau..*ayattamil* pepun, aku try to be like father..

@shu: "terimakasih shu," said en.nadzri. tq shu..xbleh lawan doodle ang..huhu

Pwincess said...

Haha. Cool gila pak! Form 5 mintak motor? apesal tak mintak kereta. Kehkeh =D

Lina said...

hahaha sweet gila cita pak ang ni... btw muke ko sama dgn memeber aq... hahaha... tetibe rindu ngn memeber aq tgk ko ni... apapon adiooss.

Qween said...

wahh2...like father like doterr..eh,salah..
like fathernlike son..hehehehe
cool+so sweet..^^

JaNnaH said...

same2 kacak .. hihihi

Amirul Nadzri said...

@nurulee: kalo aku dapat 10A masa SPM pun belum tentu dapat kereta.. lagipun lesen kereta takdak..haha.. ang buleh r, otak geliga..haha

@khairolina: sama? serius? ang tengok aku jela lagu tu..haha. tq lina.

@qween: ecehh..cool, yes. sweet? aku duk cari jugak tang mana sweet tu?? huhu tq, qween..

@jannah: alamak..*pengsan3x.. tq jannah..

Husnalyas said...

eh, navy? nak mintak sain pak ang boleh? :D *tibe-tibe teringat kat Faris.

Ety said...

Aww. Aku nak cakap yg entry ni, sweet. Kau story sempoi je, tapi maksud tersirat. Aku pun jadi semangat gilaa nak baca :)

Hehe. Ayah aku army. Smoker tegar juga. Macho la kononnya dgn sixpack masa zaman ayah jadi tentera darat dulu. Hahaha. Dulu masa kecik2, exsaited gila kalau ayah buat bentuk2 daripada asap rokok yg hembus tu. Aku sampai boleh lompat2.

Yay !