Friday, June 29, 2012

Aku & "Semangat Germany"

Assalamualaikum..
.......

Tadi, Germany vs Italy.. Aku korbankan masa tidur untuk menonton game yang pastinya akan mengakibatkan kekacakan aku sedikit kurang siang nanti. Huhuhu.. Huh, mendebarkan. Walaupun aku tak pernah belajar di Jerman, apalagi lahir kat sana, aku adalah penyokong team Germany bersama-sama Maya Karin. Hahaha..

Bila pasukan Jerman berdiri menyanyikan lagu kebangsaan mereka, "Deutschlanlied", aku pun berdiri sambil meletakkan tapak tangan kanan di dada.*walaupun sepatah haram aku tak paham* 



What? Pembelot Malaysia?? 


Tak sedar diri?? 


Bajet Germans?? *wah sukati nampak bila berkata-kata..*


Owhh..tidak sekali-kali!!


Aku menyanyikan lagu negara aku sendiri, "Negaraku" walaupun negara luar yang bertanding. Kerana dalam hati, aku sentiasa berharap suatu hari nanti, Malaysia akan melepasi kelayakan Piala Dunia, jugak Olimpik serta kejohanan2 berprestij yang lain. Mendengar lagu "Negaraku" dilaungkan di pentas antarabangsa oleh pasukan Malaysia dan diiringi bersama-sama rakyat2 dari negara luar. Melihat matsaleh2 bersemangat menyokong tanah air aku dengan melukis bendera Malaysia di pipi dorang. Mengibarkan Jalur Gemilang dengan gahnya. Masa tu, aku mesti akan mengalirkan air mata. Bangga dan terharu. Fulamak, mungkin kah? Mungkinkah suatu hari nanti, Malaysia akan jadi pasukan pilihan dunia? 


maap, aku fail lukis bendera semenjak kecik lagi..


Aku menyokong pasukan Jerman kerana Malaysia tak layak menyertai Euro. Huhuhu.. Jerman dah kalah, jadi aku terpaksa pilih Sepanyol untuk jadi juara walaupun takde sapa paksa aku..huhuhuhu Germany main tadi ntahapaapa.. Pertahanan mengantuk ke walaupun orang lain bersengkang mata?  Ozil jugak penebus maruah. Takpela,  Kak Maya, sila pegi tido..hehe


Ok, tu je..
Tq for reading.


Adios!




10 comments:

Ety said...

Germany kalah ? *pertanyaan org yg tgh sedap tidur time yang lain2 bersengkang mata meEUROkan diri*

firasat aku tak boleh pakai la ni "=.=

all the best Spain vs Italy :D

Unknown said...

hahaha...permaianan germany pagi td....adoyai..macam xbermaya tol. xtau la smada dibelenggui sejarah pertemuan yg lebih memihak kpd italy...ak dah ada feel dh italy kn menang spt mana feel ak terhadap champions league semi barca vs chelsea..ak ske barca tp feel ak yg nk kn ada team len yg klh kn mereka.. huhu.apa2pon italy deserve mng...pirlo tgh on form perghh..men passing pon kemas laju semacam jer n balotteli haha ak ske tol tgk style die men..germany ak sokong gak tp permaiann pg td fuuu. no komen.tgk sendiri mmg tau la mna silapnya..

apa2pon prediction ak dh slh nmpaknya spain vs itali di final dan bkn nya spain vs germany ...huhu

Seimura said...

Aku sokong both Italy dan Germany so mana-mana menang pon aku tak kesah. Aku jugak sokong Spain dan Portugal. Ah, semua aku nak sokong. Tapi aku bukan penyokong England dan France. Kekeke.

JaNnaH said...

euro bila abis??? sengsara negok orang demam bola.. huhhhhhh

Khai_Sol said...

agak frust semalam tgk german kalah.. Sebaik ada ozil bg 1 gol tu pun sb penalti.. huh.. Tak palah, skng ni go spain go =)

kamal lee said...

hidup spain. jyeah!! hehew.

pet said...

xtaw nk sokong sapa.. xtgok bola.. haha.. sapa menang nnti?

Amirul Nadzri said...

@Ety: Lambat betul aku reply.. Ang pun da tau agaknya jawapan..Yep Ety, Germany tumbang...sob3x.. GO Spain!!

@Kopi: Banyak yg salah teka.. Arghh, frust gilaa..

@Seimura: Itu england sama france awal2 suda bungkus..huhuhu

@Jannah: Isnin ni tak silap..

@Penguin: Memang frust.. yup, Spain kena menang!

@Kamal: Viva Spain!!

@oopet: Pet, Germany dah tumbang. Skang ang kena sokong Spain.. Sapa menang? Keputusan tu masih di luh mahfuz..huhu

shuhadaothman said...

sapa menang gue sokong. hahaha

Unknown said...

tekezut aku tadi, igt kau belot, rupa2nya kau nyanyi lagu Negaraku, hehe..bagus3, aku pon harap Malaysia bakal maen pd peringkat yg lebih tinggi..aminn :)